Publisher Theme
Iā€™m a gamer, always have been.

Photoshop: Glass Text CS5 Tutorial

16

Selepas mengaplikasikan teknik design baru ini pada salah satu design pelanggan terkini, saya rasa nak kongsi sebab nampaknya taklah sesukar mana pun nak buat bentuk ini. So, pelan-pelan kayuh… Insyallah akan dapat hasil yang hampir sama @ lebih baik lagi. šŸ™‚

adobe photoshop glassy text tutorial images

Ini adalah hasil akhir tutorial ini.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Buka canvas baru apa jua saiz. Jangan terikat dengan tutorial yang disediakan tetapi sentiasa bersikap santai untuk mempelbagaikan design mengikut GAYA anda sendiri.

Warnakan canvas dengan warna kelabu #404040 >> shift + F5 >> pilih warna #404040 >> OK.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Saya telah memberikan sedikit kesan khas lapisan papan (akan ditayangkan tekniknya pada tutorial akan datang). Oleh kerana ia memakan masa sebuah tutorial baru untuk membinanya, maka saya tak akan menceritakannya di sini.

Anda boleh memilih untuk meletakkan elemen sebegini pun. Kosong pun tak apa.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Bina sebuah layer baru – kemudian aktifkan brush (B) anda seperti tetapan dia atas.

Kalau anda menggunakan Adobe CS5, maka anda akan ada 3 pilihan jenis brush. Untuk memilihnya >> aktifkan Brush (B) >> klik kanan pada canvas >> pilih brush anda. Jadi untuk kali ini, mana2 jenis brush pun tak apa. šŸ™‚

Pilih warna foreground #FFFFFF >> bina layer baru >> dan apply brush (B) pada imej.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Hasilnya seperti ini. Akan terdapat sedikit kesan khas bercahaya di bahagian tengahnya (kerana anda menggunakan warna putih tadi #FFFFFF).

adobe photoshop glassy text tutorial images

Buat tulisan text (T) seperti tetapan di atas. Saya hanya menekankan pada anak panah jenis tulisan dan Bold shj. Yang lain, ikut sukalah. šŸ™‚

Relaks.. ikut sahaja kemahuan anda. Anda akan lebih mahir untuk bermain dengan layer style jika anda tak terlalu mengikut saya sangat.

Seterusnya, setelah tulisan di atas dibina, klik dua kali pada layer TEXT ini (klik kanan pada layer >> blending options) >> apply style di bawah padanya.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Hasilnya seperti di bawah.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Wow… dah nampak sedikit kesan gelas (glass) bukan? šŸ™‚ sedikit sahaja lagi.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Seterusnya, dengan menggunakan Rectangular tool (U) >> bina segi empat tepat memanjang seperti di atas. Lakukannya DI ATAS semua layer yang lain.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Copy dan Drag adalah cara yang mudah untuk menduplikasikan semua bentuk segi empat ini. Caranya >> Klik kekunci ALT >> Klik pada segi 4 >> tarik layer tersebut ke kanan OR ke kiri. Sure akan berlaku duplikasi. šŸ™‚

Tidak kisah berapa banyak segi empat yang anda bina – yang penting pastikan anda melakukannya sehingga hujung. i.e. GLASS TEXT saya buat dari mula huruf G sehingga T yang terakhir.

Pilih semua segi empat dengan klik + shift pada semua layer.

[fb_wpress_content_locker]

adobe photoshop glassy text tutorial images

Group kan mereka semua dengan klik Ctrl + G. Namakannya sebagai Glare.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Convert folder GLARE kepada smart object >> klik kanan pada folder >> Convert to Smart Object.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Free transform kan ia (ctrl + T) >> klik kanan >> Perspective untuk membengkokkan semua segi empat ini.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Tarik titik tengah bahagian bawah (lihat imej) dan tarik ke kanan @ kiri dan hasilnya spt di atas. Nampak tak center kan?

adobe photoshop glassy text tutorial images

Dengan Move Tool (V), anda tarik ke kiri semula untuk centerkannya. Jika anda lihat, ia memenuhi semua text GLASS TEXT bukan? Ini sebabnya saya minta anda bina jalur segi empat ini dari penjuru ke penjuru ayat.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Select pada TEXT ‘glass text’ >> Ctrl + klik padanya namun sentiasa pastikan anda sentiasa mengaktifkan layer susunan segi empat yang sudah serong tadi. Lihat imej.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Lihat saya bulatkan di mana. Klik padanya dan ia akan mengaktifkan Layer Mask. Dan oleh kerana anda memilih sebahagian daripada canvas anda iaitu pada keliling TEXT anda sahaja maka anda akan lihat kesannya adalah sangat berbeza. šŸ™‚

adobe photoshop glassy text tutorial images

Seterusnya turunkan opacity GLARE kepada 10% sahaja. Ia akan menjadikan layer ini lutsinar.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Pilih semula TEXT anda >> Ctrl + klik pada layer TEXT anda dan pastikan anda dapat seperti di atas.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Pilih fungsi Contract melalui kaedah di atas >> tugasan anda adalah untuk mengecilkan pilihana anda sedikit kepad 1 piksel ke dalam. Setelah memilih, klik OK.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Tetapkan 1 – 1 piksel; pilihan anda tadi akan mengecil (contracted) sebanyak 1 piksel.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Aktifkan Brush (B) anda semula dan buat tetapan seperti di atas. dan jangan lupa juga bina satu layer baru lagi >> klik NEW LAYER.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Lihat di atas >> layer baru telah saya namakan Shadow Below dan dengan Brush (B) tadi, aplikasikan warna putih #FFFFFF pada bahagian bawag pilihan anda tadi.

Anda boleh klik banyak kali supaya ia mendapat texture yang paling anda suka. Untuk melihat hasil kerja anda tadi, klik mata pada 2 layer di bawahnya (text GLASS TEXT dan glare). Setelah berpuas hati, deselect (Ctrl + D)

adobe photoshop glassy text tutorial images

Nudge – dengan menggunakan anak panah pada keyboard anda >> klik ke bawah sebanyak 2 atau 3 kali mengikut kesukaan anda supaya layer paling latest anda bina tadi dengan Brush (B) akan turun ke bawah sedikit spt dlm imej.

adobe photoshop glassy text tutorial images

Ohohohooo… hiaslah sedikit dengan kesan glitter di sekelilingnya dan NAH! Selesai! Nampaknya bukan saya seorang sahaja yang berjaya membinanya hari ini. šŸ™‚

adobe photoshop glassy text tutorial images

Anda boleh juga mempelbagaikan penggunaannya seperti di atas, saya gunakan untuk membina cermin kaca yang boleh anda tulis di atasnya. Menarik bukan? šŸ™‚

Selamat mencuba~

Download Fail PSD Tutorial Ini

[/fb_wpress_content_locker]

16 Comments
  1. EjanFX says

    nice one bro..but maybe tutorial pnjang sngt…mkin ada cara yang lebih cepat utk membuat effect ni..thanks 4 sharing..:)

    1. Joe - Grafik.my says

      wahaha.. bro ejan sudah masuk. šŸ™‚

      mmg kat grafik.my ni, aku mmg anggap reader org yg mmg baru nk belajar. JADI mmg try bg plg detail.

      I just think ada better & faster way to get the same effect BUT this is the best for now lh. šŸ™‚

  2. Jaws says

    i love this tutorial..

    n the psd also..

    gracias!!!

    1. Joe - Grafik.my says

      Le damos la bienvenida! šŸ™‚

      PSD dia best sikit kan. nanti blh save for further reference.

  3. apis says

    walaweh…thanx la coz bg secara detail..patik ne dah la x expert agi mende2 ne..asyik2 duk gune paint.net je..hehhe

    p/s…klu gune color lain utk tulisan tu ok x? next step tu ade berubah x klu gune color lain?

    1. Joe - Grafik.my says

      welcome.. šŸ˜€

      Colour tak perlu tukar. Sebab kaca yg sy buat ni asas dia warna PUTIH dan ia jadi lutsinar sbb dikurangkn opacitynya.

      JADI, kalau latar belakang saudara adalah warna biru, maka tulisan tu pun – kaca atas kertas warna biru. fhm2 lah. šŸ˜€

      P.S. yg penting, warna dia bkn kelabu sbnrnya. dia ikut warna background tu je.

  4. sofian says

    wah…pandainya….hehe..nice one bro šŸ™‚

    terima kasih

    1. Joe - Grafik.my says

      never feel better than serving people. šŸ™‚ try lah. anda pasti terhibur.. šŸ˜€

  5. miehess says

    thanks…step by step ni mmg bnyk membantu…yelah bukan mahir lagi..amik masa gak sblm jadi mcm bro kan…

    1. Joe - Grafik.my says

      Syukur..

      sy pn biasa jea. cuma seronok siapkn tutorial..

  6. Faisal Reza says

    Salam, nice tutorial bro… errmmm tutorial ni utk CS5 ke? cuba apply kat CS4 part – glare + Ctrl + click Text Glass tu x blh la….

  7. e1xtrim says

    Bro, file psd yg utk didownload tu susah nak donlod la. Boleh tak letak dlm file sharing website?

  8. mohamadSaleh says

    suka3… tutorial bro memang kelas. Tahniah

  9. mohamadSaleh says

    dah selesai cuba… thanks walaupun tak jadi 100%. Tapi jadilah glass text. thanks

  10. Cari duit says

    wah..memang hebatla bro..bukan senang nak cari tutorial melayu mcm ni..teruskan bro yer..terima kasih bebanyak bg ilmu free..hehe..bro, nak tny sketla, bro tau x cara nak buat template blogspot?

  11. Khalif Aman says

    bis02..

Leave A Reply

Your email address will not be published.