Publisher Theme
Iā€™m a gamer, always have been.

Photoshop: Manipulasi Foto Epal Karnivor

6

Anda pasti biasa nampak manipulasi foto sebegini di internet kan? Dan anda berkata “WOW! Berbakatnya dia boleh buat foto begini” – anda cakap begitu pada saya kan? Huhu … Tahu tak, hentikanlah mengaguminya sekarang kerana anda sendiri boleh melakukannya. Saya tak melawak ni. Serius. Buka Photoshop anda sekarang dan saya akan tunjukkan caranya.

kalau saya boleh lakukannya, anda juga boleh!

Sebelum memulakannya, download dahulu beberapa komponen design di bawah. Saya malah telah sediakan fail PSD asal manipulasi foto. Samada anda boleh rujuk sahaja yang itu (kalau dah mahir) atau anda boleh start belajo dengan saya di sini.

Muat Turun Bahan Tutorial.ZIP

Buka imej epal & harimau – komponen utama

Dapatkan dua gambar ini – Epal & Harimau.

Step 01

Selepas download bahan2 di atas, open zip file dan anda dapatkan 2 imej ini. Epal dan harimau. Saya syorkan anda abaikan dahulu fail manipulasi foto yang dah siap tu sebab nanti anda tak belajar pula bagaimana nak menghasilkannya. šŸ™‚

Masukkan kedua-dua imej ke dalam Photoshop anda.

Step 02

Campak2! Drag kedua-dua imej ini ke dalam Photoshop anda. Sekali lagi, kalau tak ada CS5 pun, pastikan jangan below CS3. Risau function pada perisian tak boleh buat seperti apa yang ingin kita lakukan hari ini.

Ekstrak mulut harimau

Kenalpasti bahagian mana yang diperlukan untuk manipulasi foto ini.

Step 03

Memulakan tutorial ini. Kenalpasti apa manipulasi yang cuba anda lakukan. Kali ini kita nak buat epal kita ada gigi. Ganas! Garang! Haa … jadi, buka imej Harimau dahulu untuk pinjam GIGI dia. šŸ™‚

So, dalam visual kat atas, saya buat garisan kawasan yang akan kita perlukan. Jadi di luar bahagian itu, boleh abaikan. Jom mulakan cropping kawasan ini.

Tools yang akan membantu kita dalam tutorial ini adalah – PEN TOOL (P).

Gunakan Pen Tool sepenuhnya untuk tutorial ini.

Step 04

Aktifkan PEN TOOL anda – klik kekunci P.

Ambil bahagian gigi sahaja – Pen Tool.

Step 05

Mulakan cropping dari sebelah kanan (rujuk visual atas) lebih afdhal dan bergerak ke bahagian kiri.

Untuk eksplor Pen Tool ini, anda kena main banyak kali lah baru nampak hasilnya dan menjadi mahir. Nanti kalau saya ada tutorial khas bagaimana menggunakan Pen Tool ini saya akan sertakan link nya. šŸ™‚

Teruskan mengambil bahagian gigi harimau tersebut.

Teruskan membuat garisan cropping untuk bahagian luar gigi harimau ini. Apabila saya berkata tentang gigi harimau saya memaksudkan bibirnya sekali. Ya. ada bahagian bibir nipis jika anda perasan dan anda memerlukannya sekali.

Garisan bersambung terbentuk selepas anda selesai crop menggunakan Pen Tool.

Anda perlu selesaikan sepertimana yang anda lihat dalam visual di atas. Betul2 crop kawasan gigi dan taring sahaja dan pada akhirnya cantum kembali kepada titik asal cropping menggunakan Pen Tool ini.

Selesai pemilihan 100% – klik kanan >> ‘make selection’.

Step 06

Seterusnya transform PATH (garisan yang terbina menggunakan Pen Tool dipanggil PATH) kepada SELECTION (garisan putus-putus pada kawasan pilihan anda).

Lakukannya dengan masih mengaktifkan Pen Tool (P) >> klik kanan pada canvas >> pilih “Make Selection”

Set feather radius kepada ‘0’ piksel – feather radius tak diperlukan.

Tetingkap ini akan muncul – setkan Feather Radius : 0. Atau jika anda mahu boleh setkan kepada 1 (piksel). Kegunaannya adalah untuk mewujudkan kawasan pilihan yang fade in ke bahagian dalamnya sebanyak 1 piksel. Dalam situasi tertentu, ia berguna untuk menghasilkan manipulasi yang lebih nampak realistik.

Garisan putus-putus terbentuk di sekeliling pilihan anda tadi.

Garisan putus-putus seperti dalam visual di atas bermakna anda telah berjaya menukarkan PATH kepada SELECTION.

Step 07

Pilihan mulut harimau ini mesti disimpan dalam layer baru. Bagaimana? Klik sahaja CTRL + J (Duplicate layer) dan hasilnya seperti di bawah.

Klik CTRL + J untuk duplicate layer – duplikasi lapisan.

Cropping tadi akan berpindah menjadi layer baru seperti visual di atas. Anda boleh cuba gerakkan layer tersebut dan anda akan dapati bahagian mulut tersebut sahaja yang akan bergerak. Walaubagaimanapun, ia tidak merosakkan layer yang asal (mulut harimau yang asal tidak disentuh).

Pindahkan mulut harimau ke canvas epal

Tarik (drag) layer gigi ke canvas epal (lihat visual).

Step 08

Dengan masih mengaktifkan layer mulut harimau tadi, gunakan MOVE TOOL (V) untuk drag (tarik) layer gigi ke dalam canvas epal yang baru. Lihat visual di atas untuk mengetahuinya.

Apahal sekalipun, save dahulu layer gigi harimau sebagai PSD.

Step 09

Sebelum anda berpindah untuk bekerja di layer yang baru. Simpan canvas harimau tadi + layer mulut harimau yang baru tadi dalam bentuk PSD atau TIFF.

Kini layer baru (layer gigi harimau) terbentuk dalam canvas epal.

Kini kita akan mula bekerja di dalam canvas baru. Iaitu canvas epal yang mana mulut harimau tadi telah dipindah masuk ke dalamnya. Lihat visual di atas. Pastikan anda memiliki komponen seperti di atas sebelum memulakan langkah seterusnya.

Convert lapisan gigi harimau kepada Smart Object. Lebih selamat.

[fb_wpress_content_locker]

Step 10

Sebelum memulakannya, convert dahulu layer mulut harimau daripada LAYER kepada SMART OBJECT. Klik kanan pada layer mulut harimau >> klik ‘Convert to Smart Object’.

Integrasi mulut kepada epal

Tanda Smart Object – Palang X terbentuk apabila anda klik CTRL + T untuk free transform.

Step 11

Anda boleh aktifkan layer mulut harimau dan klik CTRL+T (Free Transform). Jika kini imej mulut tersebut ada lambang pangkah macam visual di atas, bermakna betullah ia adalah Smart Object sekarang.

Ubah kedudukan gigi harimau agar kelihatan lebih sesuai dengan bentuk epal.

Step 12

Rotate (pusing) kan sedikit kedudukan mulut agar kelihatan lebih sesuai di’gunapakai’ oleh epal tersebut. lagipun, kita memang nak bagi epal ni mulutkan. šŸ™‚

Mencantumkan kedua-dua komponen – epal & gigi harimau

Duplikasi layer epal dengan klik CTRL + J dua kali – membentuk dua layer baru.

Step 13

Duplikasi layer epal yang asal (latar belakang) sebanyak dua kali dengan klik CTRL+J sebanyak 2 kali. Anda akan memiliki 2 layer epal yang baru. Menjadikan keseluruhannya 3 layer epal.

Tukar epal yang dikunci sebagai latar belakang kepada putih 100% – SHIFT + F5.

Step 14

Walaubagaimanapun, kita hanya perlukan dua (2) sahaja. Jadi, aktifkan layer latar belakang (lihat visual) dan kita akan mewarnakan dengan warna PUTIH keseluruhannya.

Caranya, klik SHIFT+F5 dan pilih contenst use : White >> Klik OK setelah selesai.

Add layer mask pada dua layer epal yang baru – klik pada layer >> klik butang di bawah panel.

Step 15

Tambahkan pula Layer Mask kepada dua layer epal dengan mengaktifkan layer tersebut satu persatu. Dan setiap kali itu, klik ikon seperti dalam visual untuk aplikasikan Layer Mask pada layer tersebut.

Ubahsuai #01 – Tutup layer epal paling atas & brush (B) pada layer mask bahagian dalam mulut (epal).

Step 16

Tutup layer epal yang sebelah atas (saya bulatkan dalam visual di atas) dengan klik pada ikon mata di sebelah layer epal tersebut.

Step 17

Klik pada layer epal di bawahnya pula tetapi kali ini klik pada kotak layer mask (saya kotakkan dalam visual di atas). Dengan menggunakan Brush (B) sapukan pada bahagian dalam mulut epal tersebut. Pastikan brush anda berwarna HITAM.

Hasilnya, kawasan tersebut akan terpadam (hanya pada mask) dan seolah-olah memang tidak wujud kerana mulut epal tersebut terbuka.

Aktifkan kembali layer epal yang atas.

Step 18

Setelah selesai, aktifkan kembali layer epal yang di sebelah atas kembali (klik semula ikon mata di sebelah layer tersebut) untuk meneruskan langkah berikut.

Aktifkan warp tool – CTRL + T >> klik kanan >> klik ‘WARP’.

Step 19

WARP TOOL adalah tool yang akan saya introduce pada anda kali ini. kali ini anda akan melihat apa fungsi WARP.

Kelebihannya adalah meliuk lentukkan imej / visual anda. Paling sesuai jika anda bermain dengan imej kertas. Walaubagaimanapun, untuk kelihatan lebih realistik, sebab itu saya tidak terus merapatkan mulut harimau tersebut ke bucu epal.

Dengan cara ini, kita boleh membentuk ‘BIBIR’ kepada mulut epal ini tadi. Saya tunjukkan anda bagaimana caranya.

Arrow PUTIH ditolak ke kanan manakala MERAH ke kiri semula.

Step 20

Setelah WARP diaktifkan, grid berbentuk segiempat akan terbentuk seperti diatas. Sebagai panduan pergerakan yang boleh anda lakukan ke atas imej tersebut.

Apa yang saya ingin anda lakukan, tarik dan tolak layer epal tersebut sehingga bucu epal menyentuh bucu mulut harimau tersebut. Sila lihat visual di atas untuk lebih memahaminya.

Jika anda telah berjaya mendapatkannya, klik kekunci ENTER mengaplikasikan ubahsuaian yang dilakukan. Sikit jek lagi. Sikit jek. Dah nak abesh dah. šŸ™‚

Menjadikannya kelihatan lebih realistik

Untuk menjadikannya kelihatan lebih realistik, kita akan memberi sedikit kesan khas pada bahagian GIGI / MULUT nya dan juga PIPI atau boleh kata BIBIR.

Berikan warna merah kepada gigi – soft light.

Step 21

Pertama, kita akan memberikan warna merah yang lebih pada gigi kerana ni kan gigi epal. Dah isipun merah. Takkan nak warna kuning pulak. Bukannya gigi harimau lagi. šŸ™‚

Jadi, anda boleh gunakan Layer Option (double click pada layer mulut) dan aplikasikan warna merah seperti di atas.

Pastikan anda selalu membuat ‘bakcup’ sebelum membuat pengubahsuaian kekal.

Step 22

Baik, nak bagi pipi dia hitam sikit. Sekali lagi – untuk memberikan kesan khas kelihatan lebih realisitik. Jadi sebelum apa-apa, buat backup dulu. Kita akan gunakan layer epal paling atas. Jadi duplikasikannya (CTRL+J) dan sembunyikan layer tersebut (klik mata pada sebelah layer – hilangkannya).

Step 23

Aktifkan Burn Tool (O). Pastikan bukan Dodge Tool kerana kesannya adalah berbeza. Seterusnya berikan kesan BURN di bahagian pipi mulut harimau tersebut. Hasilnya adalah seperti di bawah. Anda mesti dapat tangkap bagaimana caranya. šŸ™‚

Bezakan setelah anda memberikan kesan BURNED kepada epal dan sebelumnya.

Inilah hasilnya. Jadi, anda dapat bezakan dengan jelaskan apa fungsi Burn Tool dalam cerita ni? šŸ™‚ Mudah sahaja.

Duplikasi ‘layer mask’ yang asal kepada layer epal paling atas.

Step 24

Setelah selesai mengenakan kesan Burn Tool, kembali memberikan kesan Layer Mask yang awal tadi. Atau anda boleh bina layer mask dan padam sekali lagi bahagian dalam mulut.

Lakukan final inspection kepada hasil kerja anda

Sebelum simpan, lihat sekali lagi buat kali terakhir untuk memastikan kesempurnaannya.

[/fb_wpress_content_locker]

Step 25

Owh, masih … masih …. Ini masih dianggap langkah terakhir. INSPECTION! Sentiasa buat pemeriksaan terakhir pada design anda. Untuk memastikan kesempurnaannya.

Kalau anda dah benar-benar puas hati dengna hasilnya. YAP. šŸ™‚ Anda boleh simpan dan tido~.

There you go. Simple and easy isn’t it? ^_^ Selamat mencuba~.

Jadi, sampai di situ sajalah tuan-tuan dan puan-puan yew. Resepi epal garang kita hari ini. Jemput-jemput ke dapur~ dan semoga terhibur~. šŸ™‚

Adios Kerampes!

6 Comments
  1. haru says

    bro, layer mask act kegunaan die utk ape??? selama aku gune 5 thun ps nie xpernah aku gune layer mask..aku xtahu pn function die..

  2. Dary says

    nice info bro… Lawa tutorial…

    1. Joe Grafik.my says

      Thanks bro. šŸ™‚

  3. misz_jue says

    salam boleh x bagi tutorial cara gunakan adobe photoshop cs5 please…..
    yg boleh buka word atau pdf..

    1. Joe Grafik.my says

      wassalam,

      boleh insyallah.. noted. šŸ™‚

  4. Tengku Shahfuan says

    teknik yang boleh membantu untuk belajar…..

Leave A Reply

Your email address will not be published.