Ukuran design banner & bunting di Adobe Photoshop & Illustrator

Yang paling baik tentunya design pada saiz asal mengikut saiz yang diperlukan. Tapi pada kepadatan densiti piksel 300 (DPI) pada saiz 20 x 8 kaki, sudah cukup membuatkan komputer anda merangkak untuk render dari satu foto bitmap ke foto bitmap lain.

Jadi penyelesaiannya adalah menetapkan saiz yang optimum; bukanlah yang terbaik tetapi cukup baik untuk mendapatkan hasil cetakan yang cantik bagi kerja ringkas seperti banner & bunting ini.

Info: banner & bunting biasanya menggunakan material yang sama (outdoor/indoor) cuma orientasinya sahaja berbeza. Banner melintang & bunting menegak.

Mengurangkan saiz ukuran design banner/bunting ini adalah disebabkan beberapa faktor.

  1. Design pada ukuran asal (original) akan membuatkan fail jadi berat & lambat untuk spooling.
  2. Penghantaran fail melalui storan awan (cloud storage) bermasalah kerana fail yang berat.
  3. Komputer atau laptop anda akan terbeban & sangkut (lag) kerana fail besar & kompleks.

 

Tiada masalah jika design 100% vektor (Illustrator).

Sekiranya keseluruhan design anda adalah dalam bentuk vektor di Illustrator, ia tidak menjadi masalah. Kalau anda hantar kepada pencetak banner sekalipun, mereka boleh ubahsuai kembali kepada saiz yang betul tanpa merosakkan kualiti design.

Tapi saya masih masukkan dalam senarai juga kerana mungkin ada yang menggunakan bitmap ketika design di Illustrator.

Masalahnya apabila anda berhadapan dengan design bitmap (piksel design) yang biasanya diuruskan menggunakan Adobe Photoshop.

 

Formula kira-kira design banner & bunting.

Beberapa perkara yang perlu anda tahu adalah.

  1. Kira-kira ukuran design adalah di dalam unit inci.
  2. Anda hanya perlu design 1/4 daripada saiz asal sahaja.
  3. Design pada resolusi 300 DPI (dot per inch).
  4. Design menggunakan mode warna  CMYK dan bukan RGB (paparan skrin monitor).

Senangkan? Kuasai formula ini & anda boleh design banner & bunting pada bila-bila masa.

Nak formula yang lebih mudah?

  1. Tukar unit ukuran kepada inci.
  2. Darab 3 ukuran yang anda peroleh.
  3. Kekal menggunakan mode CMYK & 300 DPI.

 

Contoh – cara menggunakan formula.

Saya akan menggunakan contoh banner 10 x 5 kaki.

Contoh – Banner 10×5 kaki (ft)

Menjadi praktis menggunakan unit kaki (feet) apabila berbincang hal banner & bunting bersama klien. Tapi apabila anda mula design, anda akan menggunakan unit inci (inch).

 

Step 1 – Tukar unit kaki kepada unit inci (inch).

Maka banner 10×5 kaki (ft) akan menjadi 120×60 inci (in). 10×12 (inci) & 5×12 (inci).

10x5 kali 12

Dalam inci (in) ia menjadi 120×60 inci (in)

 

Step 2 – Bahagi 4 atau darab 1/4 unit inci tersebut.

Maka banner 120×60 inci (in) akan menjadi 30×15 inci (in) sahaja. Inilah ukuran canvas di Adobe Photoshop.

120 & 60 bahagi 4

1/4 daripada saiz itu adalah 30×15 inci (in)

 

Step 3 – Bina canvas di Photoshop; pastikan 300 DPI & CMYK.

Apabila sudah muktamad, anda boleh bina canvas baru Adobe Photoshop anda. 😉

tetapan canvas Photoshop

 

 

Bagaimana cara menggunakan formula mudah ‘Darab 3’?

Wah. Belajar matematik pula kita hari ini. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mendapatkan 1/4 daripada 10 kaki (ft) di dalam unit inci (in), maka kira-kira yang betulnya adalah seperti berikut.

10 kaki (ft) x 12 inci (in) x 1/4 (daripada design) = Jawapan.

Di bawah adalah persamaannya jika anda ingin lebih mudah faham.

formula darab 3

Jadi, apa yang hanya perlu anda ingat sekarang?

Hanya darabkan nilai (nombor) dalam unit kaki (ft) dengan 3 = anda akan mendapat saiz dalam unit inci (in); ukuran yang diperlukan untuk design banner anda dalam Adobe Photoshop.

Total
15
Shares