Publisher Theme
Iโ€™m a gamer, always have been.

Ukuran design banner & bunting di Adobe Photoshop & Illustrator

57

Yang paling baik tentunya design pada saiz asal mengikut saiz yang diperlukan. Tapi pada kepadatan densiti piksel 300 (DPI) pada saiz 20 x 8 kaki, sudah cukup membuatkan komputer anda merangkak untuk render dari satu foto bitmap ke foto bitmap lain.

Jadi penyelesaiannya adalah menetapkan saiz yang optimum; bukanlah yang terbaik tetapi cukup baik untuk mendapatkan hasil cetakan yang cantik bagi kerja ringkas seperti banner & bunting ini.

Info: banner & bunting biasanya menggunakan material yang sama (outdoor/indoor) cuma orientasinya sahaja berbeza. Banner melintang & bunting menegak.

Mengurangkan saiz ukuran design banner/bunting ini adalah disebabkan beberapa faktor.

  1. Design pada ukuran asal (original) akan membuatkan fail jadi berat & lambat untuk spooling.
  2. Penghantaran fail melalui storan awan (cloud storage) bermasalah kerana fail yang berat.
  3. Komputer atau laptop anda akan terbeban & sangkut (lag) kerana fail besar & kompleks.

 

Tiada masalah jika design 100% vektor (Illustrator).

Sekiranya keseluruhan design anda adalah dalam bentuk vektor di Illustrator, ia tidak menjadi masalah. Kalau anda hantar kepada pencetak banner sekalipun, mereka boleh ubahsuai kembali kepada saiz yang betul tanpa merosakkan kualiti design.

Tapi saya masih masukkan dalam senarai juga kerana mungkin ada yang menggunakan bitmap ketika design di Illustrator.

Masalahnya apabila anda berhadapan dengan design bitmap (piksel design) yang biasanya diuruskan menggunakan Adobe Photoshop.

 

Formula kira-kira design banner & bunting.

Beberapa perkara yang perlu anda tahu adalah.

  1. Kira-kira ukuran design adalah di dalam unit inci.
  2. Anda hanya perlu design 1/4 daripada saiz asal sahaja.
  3. Design pada resolusi 300 DPI (dot per inch).
  4. Design menggunakan mode warna  CMYK dan bukan RGB (paparan skrin monitor).

Senangkan? Kuasai formula ini & anda boleh design banner & bunting pada bila-bila masa.

Nak formula yang lebih mudah?

  1. Tukar unit ukuran kepada inci.
  2. Darab 3 ukuran yang anda peroleh.
  3. Kekal menggunakan mode CMYK & 300 DPI.

 

Contoh – cara menggunakan formula.

Saya akan menggunakan contoh banner 10 x 5 kaki.

Contoh – Banner 10×5 kaki (ft)

Menjadi praktis menggunakan unit kaki (feet) apabila berbincang hal banner & bunting bersama klien. Tapi apabila anda mula design, anda akan menggunakan unit inci (inch).

 

Step 1 – Tukar unit kaki kepada unit inci (inch).

Maka banner 10×5 kaki (ft) akan menjadi 120×60 inci (in). 10×12 (inci) & 5×12 (inci).

10x5 kali 12

Dalam inci (in) ia menjadi 120×60 inci (in)

 

Step 2 – Bahagi 4 atau darab 1/4 unit inci tersebut.

Maka banner 120×60 inci (in) akan menjadi 30×15 inci (in) sahaja. Inilah ukuran canvas di Adobe Photoshop.

120 & 60 bahagi 4

1/4 daripada saiz itu adalah 30×15 inci (in)

 

Step 3 – Bina canvas di Photoshop; pastikan 300 DPI & CMYK.

Apabila sudah muktamad, anda boleh bina canvas baru Adobe Photoshop anda. ๐Ÿ˜‰

tetapan canvas Photoshop

 

 

Bagaimana cara menggunakan formula mudah ‘Darab 3’?

Wah. Belajar matematik pula kita hari ini. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mendapatkan 1/4 daripada 10 kaki (ft) di dalam unit inci (in), maka kira-kira yang betulnya adalah seperti berikut.

10 kaki (ft) x 12 inci (in) x 1/4 (daripada design) = Jawapan.

Di bawah adalah persamaannya jika anda ingin lebih mudah faham.

formula darab 3

Jadi, apa yang hanya perlu anda ingat sekarang?

Hanya darabkan nilai (nombor) dalam unit kaki (ft) dengan 3 = anda akan mendapat saiz dalam unit inci (in); ukuran yang diperlukan untuk design banner anda dalam Adobe Photoshop.

57 Comments
  1. SyaraFi KamaRuzzaman says

    ada satu lagi soalan, kalau saiz makin besar, adakah photoshop makin 'lag'?

    1. safarez says

      ya. semakin besar size semakin berat proses editing.

  2. Genevieve Ana says

    tq nice info….

  3. Akhi Joe II says

    YA. dan bergantung pada elemen di dlm nya jg. Kalau byk layer & lbh kompleks, makin beratlah. Kalau pakai vektor lagilah.

  4. Ed Nissom says

    extremely informative… thanks man!

  5. Rahman says

    “Masalahnya apabila anda berurusan dengan gambar yang menggunakan bitmap yang biasanya diuruskan oleh photoshop”

    Boleh huraikan lagi apa masalahnya?

    1. Akhi Joe says

      Ps (Photoshop) tidak boleh di-resize; dibesarkan dengan mengekalkan kualiti nya. Contoh mudah sekiranya design bitmap (dlm Ps) saiz A5 dan ingin dicetak pd saiz A1 atau A0. Pasti imej akan pecah (sekiranya menggunakan gambar).

      Ia mesti disediakan dlm saiz A1 sekiranya ingin mendapatkan kualiti cetakan A1 jg. Dan pastinya fail yang akan menjadi sangat berat mencecah 1Gb; bergantung kpd kompleksiti design.

      ..

      Berbeza dgn Ai (Illustrator). Jika tuan design dlm saiz A5 sekalipun, jika dicetak pd saiz A1 atau A0, kualitinya tetap sama. Dengan syarat tiada objek bitmap digunakan. 100% vektor.

      ..

      Kelebihan ini, membolehkan designer sediakan design hanya dlm canvas saiz A5 dan beritahu printer utk cetak pd saiz A1/A0. Jadi, malahan saiz fail utk dihantar jg sangat kecil & ringan.

  6. liana says

    apabila hendak hantar kepada pencetak banner, apakah format yang paling sesuai untuk diberikan? jpeg? png? pdf?

    1. Akhi Joe says

      Paling sesuai kalau boleh disediakan dlm AI & disimpan dlm format .ai atau .pdf. Sekiranya terpaksa menggunakan perisian PS, blh simpan dlm format JPEG. Hanya perlu pastikan ia disimpan dlm kualiti terbaik (12 – Max) & pada resolusi 300 DPI.

  7. zul says

    salam…saya ada soalan

    adakah ukuran di atas sama jika saya nak design bunting menggunakan ilustrator??

    thanks… ๐Ÿ˜€

    1. Akhi Joe says

      Wassalam.

      Tidak perlu KECUALI tuan Zul menggunakan bitmap/imej/foto di dalamnya. Sediakan dalam saiz di atas MINIMUM. Lebih besar lebih baik. Tapi seperti yang diberitahu, ia akan menyebabkan saiz fail lebih berat.

  8. Kerro Shinobi says

    Terima kasih atas info. Sebelum ni mmg sy ambil dan design banner dalam saiz asal. PC jadi hang dan lag. Saya hantar pd printing pon pada saiz asal. Beso giler saiz smpai 1gb. Perosalannya,

    Kalau dah design dengan 1/4 daripada saiz asal, lalu save as jpeg dan hantar pada printing person, nanti dia boleh dibesarkan ajdi saiz asal semula ke?. Tidak pecah?.

    1. Akhi Joe says

      asanya ia akan pecah. tetapi tergantung kpd penggunaan. ukuran yang diberikan di sini merujuk kepada penggunaan outdoor. Sebab ia akan digantung & dilihat dari jauh. jadi sekiranya pecah sedikit pun tiada masalah.

  9. Aidilx says

    Terima kasih untuk informasi ini. Sangat bermanfaat untuk aku yang masih merangkak dalam photoshop.

    1. GM Staff says

      Kami gembira ia bermanfaat untuk anda.

  10. Razzy says

    dimana saya boleh mendownload template saiz utk adobe Illustrator ?

    1. GM Staff says

      Tiada template saiz untuk AI tuan. Tiada saiz banner yang khusus.

  11. azmi says

    as salam
    sedikit soalan macam mana sekiranya unit kaki tersebut bukan genap, maksudnya ada lebih inci contoh 3 kaki 5 inci, bagaimana untuk menukarnya

    1. GM Staff says

      Wasalam. Tiada masalah. Tuan hanya perlu tukarkan semuanya kepada inci & meneruskan kira-kira menggunakan formula di atas.

      (3 ft x 12) + 5 inch = 41 inch. Dan seterusnya. Selamat mencuba~

  12. SHUTTERHOLIC STUDIO says

    salam nk tanya kalau buat dlm Banting dlm Ai xpe kan >?? ke ade masalah dkt gambar/vector nnti ke mcm ne ??
    adakah lagi prefer guna photoshop utk gmbar/vector tapi dkt Ai just utk tulisan je ..just nk pendapat

    1. GM Staff says

      Wassalam,

      Sekiranya vektor, maka tiada masalah. Tetapi sekiranya tuan menggunakan bitmap image (foto) di dalam Ai, ia tetap sama. Akan pecah sekiranya diperbesarkan.

      Apa yang membuatkannya menjadi vektor adalah kerana “ia adalah vektor” bukan kerana “ia berada di dalam perisian Ai”. Bitmap (foto) tetap bitmap di dalam perisian Ai.

  13. Jaiki says

    macammana dengan bleed area??? perlukah ditambah saiznya…

    1. GM Staff says

      Utk cetakan bunting, biasanya tak memerlukan bleed area.

  14. nisa masrom says

    panduan yang sngat berguna… terima kasih

  15. yusof hazli says

    Saya bahagi kepada 10 resolusi kepada 1000
    Untuk bunting atau backdrop bersize lebih besar ini cara saya

    Contoh popular size bunting 6 x 2

    6 x 12 ( sebab 1 kaki bersamaan 12 inci)= 72

    2 x 12= 24

    Jadi 72/10 = 7.2
    24/10 = 2.4
    Resolusi dalam inci detetapkan pada 1000.

    Pada skala ini computer lebih Tenang utk memproses

    Dan pencetak akan mencetak dengan 10 Kali lebih besar – sila rujuk dengan pencetak anda berurusan.

    1. Hafiz says

      Resolusi 1000 dpi?

    2. nabil says

      7.2 dan 2.4 itu dlm inch jugak ke?

  16. Amirul Hadi says

    Salam, nak tanya, knp guna CMYK dan bukan RGB ?

    1. GM Staff says

      Kerana ukuran ni kita nak guna utk cetakan. Utk cetakan kita gunakan CMYK.

  17. azarul izham says

    what if kalau saya pakai COREL DRAW X5..sb friendly user sikit..saiz sama eh?

    1. GM Staff says

      Kami jarang menggunakan Corel Draw, masih lg menggunakan Photoshop & Illustrator. ^_^

  18. Hazimah Hanafiah says

    Kenapa bila pakai CYMK, warna imej yang disimpan berbeza dari dalam Photoshop?

    1. GM Staff says

      Berbeza berbanding apa? Sekiranya simpan dlm mode CMYK, sepatutnya paparan tetap CMYK. Adakah cik Hazimah maksud kan berbeza dgn warna RGB?

  19. SYAZANA ABDULLAH says

    terima kasih info yang diberikan, sangat mudah dipahami

    1. GM Staff says

      Gembira dpt membantu. ^_^

  20. Anonymous says

    5

  21. Anonymous says

    4

  22. MUSANGBERJANGGUT says

    SAYA NAK TYA.KLU KITA DAH CREATE OUTLINES..BLEH KA KITA REMOVE BLIK

    1. Akhi Joe says

      Once go black, you never go back. >.< Sentiasa buat backup (Copy Front @ Copy Back) sebelum outline. Sbb ia takkan jd line semula melainkan anda klik Undo byk kali sampai ke keadaan asal.

  23. Amir says

    Salam. Saya nak tanya tentang kalau kita guna format CMYK, memang bila kita save nanti dia akan menjadi warna lain ke?

    1. Akhi Joe says

      Wassalam. TIDAK, jika anda design dalam mode CMYK. Kalau anda design dlm RGB dan nak outpout kpd CMYK, mmg akan berubah.

      Praktis saya, kalau nak design dlm RGB (sebab lebih selesa), Design everything dlm RGB sampai siap >> Import sebagai JPEG (final output) juga dlm RGB >> Bawa masuk ke dalam Adobe Photoshop utk tukar mode warna kepada CMYK.

      Praktis ni meminimalkan perubahan warna. Sebab bertukar daripada mode RGB kepada CMYK ketika proses editing akan menyebabkan beberapa jenis adjustment layer akan dinyahaktif/tak berfungsi/hilang.

      Wallahualam.

      1. amir says

        Saya design dalam mode CMYK, tapi bila saya nak save dalam JPEG (output), berubah warna design saya. Huhu. Pening sekejap. Selalunya saya design dalam mode RGB, dan bila nak save ke JPEG (output) memang tak berubah warnanya.

        1. Akhi Joe says

          View menggunakan apa? Kalau boleh, view semula gunakan perisian yg sama. Sy rasa, view guna default photo viewer pn xblh. sbb dia view RGB. Terbaik, spt sy katakan, view JPEG tu guna perisian yg sama, spt Adobe Photoshop.

  24. kakmin says

    terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna.

  25. afifa says

    alhamdulillah banyak membantu syukron2 ๐Ÿ™‚

  26. Idzyan says

    Sy nk tnya kalau saya nak lukis pola baju guna Ai mcm ukuran bdn mcm tuh..mcm mn nk kira bila kita print dpt exact number ukuran badan org tuh?

    Contoh dada 40 so bila nk buat pola baju sy kena bahagi 4 tmbh kelonggaran akan dpt 10.75 inci mcm tuh..jd bila nk lukis sy kena kira mcm mn? Bila print akn dpt dak ukuran 10.75 inci tuh?

  27. anepz says

    Tuan…tumpang tanya kalau kita nk buat banner saiz 23 x 3 kaki dalam adobe illustrator mcm mana ek…sebab sy try tamplet tak cukup panjang 23 kaki tu dlm ai..bolehkah saya kecilkan dengan bahagi 1/4..tkut nanti gambar pecah plak…tq

  28. naim103 says

    salam, nak tanya kalau sy design banner guna ai, sepatutnya guna saiz 1/4 dari saiz asl atau guna saiz banner yg sebenar? mana lebih baik dan bila nak hantar ke pencetak sy perlu besarkan ke klau sy buat dlm saiz 1/4?

    1. Grafik Malaya says

      Kalau AI, just design pada saiz asal. Kecuali ada bitmap di dalamnya, boleh reduce ke 1/4. Kalau tak besar sangat saiznya.

  29. seri says

    salam…saya nak tanya

    kalau kita edit gambar untuk poster di adobe photoshop,.cth kita nak framekan gambar tu jadi size 8′ x 10′..warna rgb atau cmyk..dan size apa yang perlu kita setting atau just setting 8′ x 10′ juga

    1. Grafik Malaya says

      Wassalam. Warna CMYK lebih baik. Kecuali kalau anda sekadar nak cetak menggunakan printer RGB. Saiz lebihkan dalam 5mm keliling supaya lebihan boleh masuk belakang frame.

  30. Danial says

    Nak tnya, boleh ke buat banner atau bunting pakai AI? sbb saya lebih mahir guna AI berbnding photoshop. Dan lps dh siap semua dlm AI bila nk print ke save dlm bntuk apa?

    1. Grafik Malaya says

      Boleh. tak ada masalah! ^_^

  31. budaklama says

    Salam tuan2 semua,

    Tumpang tanya,
    Selalu mmg kedai printing akan mintak file dlm 4 format (Ai, jpeg, png, pdf) ni ke?
    Sebab saya design guna photoshop je. Ade cara tak untuk convert file psd ke ai?

    Lagi satu, utk file yg guna cmyk color, saya x dpt nak save in png file.
    So mcm mane nak pastikan ada file dlm 4 format ni (Ai, jpeg, png, pdf)?

    Terima kasih ye. Mintak tunjuk ajar.

    1. Grafik Malaya says

      ยป Selalu mmg kedai printing akan mintak file dlm 4 format (Ai, jpeg, png, pdf) ni ke?
      Ya.
      ยป Ade cara tak untuk convert file psd ke ai?
      tak pasti kalau ada caranya. Boleh explore. Biasanya Place shj.
      ยป utk file yg guna cmyk color, saya x dpt nak save in png file.
      Save dlm format PDF atau JPEG shj.
      Moga bermanfaat. ๐Ÿ˜‰

  32. mirahana says

    kalau nak design label botol vitamn boleh guna formula ny?

    1. Grafik Malaya says

      Tak boleh. Perlu design dalam resolusi & saiz 100%.

Leave A Reply

Your email address will not be published.