Lucas Gil-Turner telah mendapat idea untuk membuat koleksi logo berdasarkan 25 kata kerja di dalam bahasa inggeris paling top. Beliau menggunakan hanya typografi untuk memberi impak karakter kepada setiap kata kerja.

Setiap logo yang dihasilkan mewakili setiap perkataan. Ia direka dalam warna hitam putih sahaja dengan tujuan memberi fokus kepada kekuatan penjenamaan logo itu sendiri samada mesej yang disampaikan diterima atau tidak. Jika typografi tersebut cukup kuat, anda sendiri sudah tentu boleh mengenalpasti dengan mudah karakter yang dibawa oleh setiap typografi.