fbpx
Publisher Theme
Iā€™m a gamer, always have been.

Grafik.my – Perancangan 2014

0

Grafik.my sejak tahun 2009 sudah beralih kepada pelbagai bentuk presentasi. Daripada sebuah laman web servis yang di-host kan oleh saya sendiri, blogging peribadi, dan kepada laman web tutorial design. Dan ia berakhir baru-baru ini iaitu pada awal September 2013 apabila saya mengambil keputusan untuk memindahkan semua isi kandungannya ke laman web saya yang sekarang – Akhi Joe.

Ini tidak bermakna perjuangan Grafik.my akan berhenti setakat itu sahaja. Tidak. Pengunduran ini adalah sebuah strategi untuk bangkit semula dengan perancangan baru & lebih segar.

Dan sepanjang hampir 4 tahun mengendalikan Grafik.my dengan pelbagai presentasi ini lah yang telah mempengaruhi keputusan saya untuk meneruskan Grafik.my ini semula pada suku pertama tahun 2014 akan datang dalam format yang akan saya bentangkan sebentar lagi.

Serba sedikit mengenainya ialah, penemuan hit pengunjung semakin meningkat di Grafik.my berlaku sejak ia mula diterbitkan semula dalam versi blogging dan menjadi lebih tinggi dan konsisten apabila ia berevolusi menjadi sebuah hub tutorial design sekitar tahun 2010.

 

Perancangan Grafik.my pada tahun 2014

Grafik.my – Malaysian Graphic Artist Guest Blogging Hub

Sudah tentu ia akan dikendalikan sepenuhnya di dalam bahasa melayu. Cuma saya rasa tajuk ini lebih mudah dijelaskan dengan menggunakan bahasa inggeris. šŸ™‚ Untuk memulakan perbincangan ini, topik yang paling utama perlu saya mulakan mungkin adalah..

[toggle title_open=”Apa itu ‘Guest Blogging’? – Close Me” title_closed=”Apa itu ‘Guest Blogging’? – Open Me” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Apa itu ‘Guest Blogging’?

Guest bermaksud tetamu dan blogging bererti aktiviti penulisan blog. Secara ringkasnya Guest Blogging memberi makna aktiviti penulisan di blog sebagai tetamu di mana dalam konteks ini, laman web Grafik.my akan menjadi hub untuk semua penulis blog menjadi tetamu di laman web ini dan menulis bersama-sama di Grafik.my.

Untuk menerangkan dengan lebih berkesan tentang aktiviti Guest Blogging ini, saya ada satu contoh yang sangat baik.

[/toggle]

[toggle title_open=”Case Study ‘Guest Blogging’ – Laman web V For Vectors – Close Me” title_closed=”Case Study ‘Guest Blogging’ – Laman web V For Vectors – Open Me” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Case Study ‘Guest Blogging’ – Laman web V For Vectors

2013-10-05_041626

VforVectors.com adalah sebuah blog tutorial design vektor menggunakan perisian Adobe Illustrator yang ditulis oleh saudara Andrei Marius. Lebih 90% artikel tutorial yang beliau hasilkan adalah ‘Guest Blogging’.

Dalam ertikata lain, beliau tidak menulis tutorial-tutorial tersebut secara terus di dalam blog beliau sendiri sebaliknya menulis di dalam blog design milik individu lain seperti Vectips dan Vector Tutplus.

[/toggle]

[toggle title_open=”Jadi, kenapa banyak pula post di blog beliau? – Close Me” title_closed=”Jadi, kenapa banyak pula post di blog beliau? – Open Me” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Jadi, kenapa banyak pula post di blog beliau?

Ya, memang banyak. Malah setiap kali beliau menulis tutorial di blog individu lain, beliau akan membina post yang sama di dalam blog VforVectors.com ini.

Tetapi ia bukanlah tutorial lengkap tetapi hanyalah sekadar preview dan pautan ke blog individu lain di mana beliau menulis tutorial penuh tersebut.

2013-10-05_042359

[/toggle]

[toggle title_open=”Jika dah ada blog sendiri kenapa nak ‘Guest Blogging’ lagi? – Close Me” title_closed=”Jika dah ada blog sendiri kenapa nak ‘Guest Blogging’ lagi? – Open Me” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Jika dah ada blog sendiri kenapa nak ‘Guest Blogging’ lagi?

Soalan yang sangat penting. Kenapa? Saya akan katakan ini adalah satu langkah yang sangat bijak apabila anda baru mula bertapak di alam maya dan tidak memiliki trafik laman web yang terlalu tinggi. Apatah lagi jika blog/web anda adalah statik (bukan dinamik). Sudah tentu lebih sedikit trafik ke laman web anda.

Vectips dan Vector Tutplus adalah di antara laman web / blog tutorial design yang sangat dipercayai dan memiliki ratusan ribu pengunjung dan hit trafik yang sangat-sangat tinggi pada setiap bulan.

VforVectors.com telah memanfaatkan situasi ini dengan menulis di dalam blog mereka sekaligus menjemput semua pengunjung yang sangat ramai daripada kedua-dua blog mereka Vectips dan Vector Tutplus ke laman blog beliau.

[/toggle]

[toggle title_open=”Bagaimana trafik pengunjung dibawa ke VforVectors.com? – Close Me” title_closed=”Bagaimana trafik pengunjung dibawa ke VforVectors.com? – Open Me” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Bagaimana trafik pengunjung dibawa ke VforVectors.com?

Pada setiap penghujung tutorial yang beliau terbitkan, akan ada satu kolum khas yang menerangkan secara ringkas siapakah peribadi penulis VforVectors.com ini dan terdapat pautan khusus terus ke blog Andrei Marius. Dari sinilah limpahan trafik pengunjung dari blog-blog popular akan datang ke blog anda pula.

Dan apa yang Andrei perlu beri perhatian hanyalah menghasilkan artikel tutorial yang sangat berkualiti. Kerana dari sinilah beliau akan dinilai dan jika anda melakukan dengan sangat baik, secara automatik trafik ini akan mengalir ke laman blog anda. Ingat, setiap trafik adalah organik. Anda berinteraksi dengan manusia sebenar. Jadi, penilaian mereka sangat penting buat anda.

2013-10-05_043630

Selain memanfaatkan aliran pengunjung dari laman yang popular seperti Vectips dan Vector Tutplus, secara tidak langsung ia meningkatkan kredibiliti Andrei Marius menjadi seorang yang lebih dikenali dengan kepakaran beliau dalam seni reka vektor menggunakan Adobe Illustrator.

[/toggle]

[toggle title_open=”Bagaimana jika saya tidak memiliki laman blog peribadi? – Close Me” title_closed=”Bagaimana jika saya tidak memiliki laman blog peribadi? – Open Me” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Bagaimana jika saya tidak memiliki laman blog peribadi?

Satu lagi soalan biijak. Andrei Marius ada blog sendiri. Dan anda pula tiada. Bukankah ia satu pembaziran? Jadi nasihat saya, ini mungkin masa yang terbaik untuk anda memiliki laman blog (domain khas) anda sendiri. šŸ™‚ Bukan susah pun. Serius. Saya boleh tunjukkannya.

[box type=”alert”]Untuk membina kredibiliti, saya tidak sarankan anda menggunakan laman blog yang di-hostkan secara percuma seperti Blogspot.com & WordPress.com. Menulislah di laman blog domain khas anda sendiri. Lebih terjamin dan anda memiliki kawalan 100% terhadapnya.[/box]

Salah satu hosting yang saya syorkan dan gunakan pada hari ini adalah iViper Host. Berpangkalan di Singapore dan USA, anda boleh memilih dan jika sasaran pasaran anda adalah tempatan, Datacenter Singapura adalah yang terbaik. Malah dikatakan lebih laju daripada yang dihostkan di Malaysia. Pakej Starter juga sudah lebih dari mencukupi untuk permulaan.

2013-10-05_055055

[/toggle]

Cukup sekadar itu, diharapkan anda kini sudah mendapat gambaran yang lebih jelas apakah kelebihan dan tujuan Guest Blogging dan berkemungkinan apa yang akan dibawa oleh Grafik.my akan sedikit berbeza dan lebih bersifat sumbangan komuniti oleh anda – artis grafik tanah air. šŸ™‚

[toggle title_open=”Apakah orientasi Grafik.my pada tahun 2014? – Close Me” title_closed=”Apakah orientasi Grafik.my pada tahun 2014? – Open Me” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Apakah orientasi Grafik.my pada tahun 2014?

Grafik.my pada tahun 2014 seperti dimaklumkan pada awal artikel, akan menjadi hub perkongsian tutorial reka grafik dalam pelbagai bidang dan berfokus pada strategi pemasarannya atau tutorial reka grafik.

Grafik.my akan menjadi sebuah laman web komuniti, lebih kepada bentuk blogging yang memaparkan perkongsian artikel-artikel berkenaan …

[unordered_list style=”star”]

  • Teknologi dalam bidang reka grafik – Spec PC, SOHO & drawing tablet
  • Strategi pemasaran sebagai pereka grafik – bekerja atau freelancer
  • Tutorial reka grafik samada dalam bentuk artikel bergambar atau video
  • Lain-lain yang bersesuaian dengan bidang reka grafik

[/unordered_list]

Grafik.my akan menjadi sebuah projek komuniti di mana buat masa ini ia sebahagian besarnya akan dipelopor & ditanggung oleh saya dan diharapkan mendapat sokongan padu daripada komuniti Grafik Malaya.

Grafik.my akan dibangunkan sebagai laman blog yang neutral dan jika terdapat program yang menjana pendapatan akan disalurkan sepenuhnya kepada pembangunan laman Grafik.my ini.

Insyallah pada masa akan datang akan ada perancangan untuk manfaat bersama buat artis-artis grafik yang menyumbang di dalam pembangunan laman Grafik.my.

[/toggle]

[toggle title_open=”Bagaimana Grafik.my boleh menjadi unik? – Close Me” title_closed=”Bagaimana Grafik.my boleh menjadi unik? – Open Me” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Bagaimana Grafik.my boleh menjadi unik?

Betul. Dengan kehadiran begitu banyak laman blog yang menawarkan tutorial reka grafik, bagaimana Grafik.my boleh menjadi unik dan terkehadapan berbanding laman web lain?

Pertama. Anggaplah ini sebagai satu sumbangan komuniti anda di samping menjana pendapatan yang hebat melalui servis reka grafik anda setiap bulan. Tiada apa yang rugi untuk menyumbang satu artikel berkualiti setiap bulan. Malah anda akan lebih dipandang tinggi kerana dilihat memiliki prioriti di dalam segmen-segmen tertentu dalam seni grafik yang anda ceburi.

Kedua. Domain Grafik.my adalah sangat unik yang menjadi panggilan universal oleh masyarakat melayu tanah air Malaysia. Maka, Grafik.my akan mudah dikenali dan mewakili artis-artis grafik di Malaysia (.my)

Ketiga. Tutorial Grafik.my adalah sepenuhnya dalam bahasa melayu. Malahan kita akan cuba ‘standard’ kan penggunaan bahasa melayu dalam artikel kelak agar sesiapa sahaja yang boleh membaca tulisan rumi dengan mudahnya mendapati Grafik.my adalah rujukan terbaik tutorial reka grafik mereka.

Untuk ini, Grafik.my akan melantik moderator-moderator yang berprioriti memastikan hanya artikel terbaik sahaja akan diterbitkan. Ia tidak bererti merendahkan jika anda merasakan penulisan anda mungkin kurang baik tetapi lebih kepada motivasi buat anda dan kami dari masa ke masa akan membantu dalam penulisan artikel ini.

Keempat. Tutorial dan artikel yang memberikan panduan langkah demi langkah yang sangat terperinci dan teratur. Kita mahukan pelawat dapat duduk di hadapan PC masing-masing dan membuka tutorial di Grafik.my dan terus mempraktis tutorial tersebut seolah-olah anda (penulis) berada di hadapan mereka dan menunjukkan satu persatu langkah yang perlu dilakukan.

[/toggle]

[toggle title_open=”Siapa yang boleh menyumbang artikel tutorial di Grafik.my? – Close Me” title_closed=”Siapa yang boleh menyumbang artikel tutorial di Grafik.my? – Open Me” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Siapa yang boleh menyumbang artikel tutorial di Grafik.my?

Projek ini terbuka kepada semua artis grafik tanah air dengan syarat…

[unordered_list style=”tick”]

  • Anda boleh menulis tutorial atau artikel dengan baik
  • Boleh menggunakan bahasa melayu dengan cemerlang (bukan bahasa SMS)
  • Gambar screenshot untuk tutorial atau artikel sangat jelas & bersih
  • Penerangan yang dilakukan penuh tertib dan teratur serta mudah difahami
  • Lain-lain kriteria berkaitan (akan dikemaskini lagi)

[/unordered_list]

[/toggle]

[toggle title_open=”Kenapa Grafik.my memerlukan anda – Close Me” title_closed=”Kenapa Grafik.my memerlukan anda – Open Me” border=”no” style=”default” excerpt_length=”0″ read_more_text=”Read More” read_less_text=”Read Less” include_excerpt_html=”no”]

Kenapa Grafik.my memerlukan anda – Artis Grafik Malaysia?

Saya mungkin memiliki prioriti dalam penghasilan reka grafik dalam printing-publication dan saya memiliki stail / jenama saya yang tersendiri.

Tetapi dengan kehadiran ribuan pengunjung di Grafik.my kelak, adakah mereka hanya ingin mendengar dan menuruti teknik dan cara kerja saya sahaja? Pastinya tidak.

Maka di sini hadirnya anda untuk memberikan mereka pilihan andai mereka mendapati teknik reka grafik anda lebih sesuai untuk mereka (pelawat).

Dalam masa yang sama, anda membina kredibiliti di hadapan kaca mata rakyat Malaysia; memberitahu bahawa anda adalah rujukan terbaik apabila tiba dalam bab seni reka grafik.

Dan dengan pelbagainya tutorial reka grafik yang menghiasi Grafik.my kelak, saya pasti limpahan pengunjung akan membanjiri laman blog anda (artis grafik) juga sekaligus berpotensi menjadi bakal pelanggan anda.

[/toggle]

Diharapkan visi dan misi utama Grafik.my pada tahun 2014 berjaya saya sampaikan kepada anda dan saya berasa begitu bersemangat sekali dan menantikan respon dan pandangan anda berkenaan projek ini. Jika anda ada sebarang cadangan, bolehlah dikemukakan dan diperdengarkan secara umum melalui ruangan komen di bawah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.