fbpx
Publisher Theme
I’m a gamer, always have been.

Surat pelantikan designer

0

surat pelantikan

@kredit foto Surat Pelantikan atau dipanggil sebagai ‘Appointment Letter‘ adalah antara dokumen bertulis yang sah laku digunakan di Mahkamah jika berlaku sebarang perkara tidak diingini di antara pelanggan dan anda (pereka grafik). Perkara ini sering diabaikan lebih-lebih lagi ‘Freelancer’ yang rata-rata menjalankan perniagaan menerusi internet.

Surat Pelantikan adalah dokumen bertulis yang dikeluarkan oleh pelanggan (syarikat, orang perseorangan, kumpulan) kepada anda (pereka grafik) yang mengaku dan bersetuju dengan melantik anda sebagai Konsultan Reka Grafik beliau/mereka. Ia biasanya dikeluarkan selepas perbincangan ringkas di antara kedua-dua pihak.

Dokumen ini tidak perlu terlalu padat tetapi terdapat beberapa isi penting yang perlu dipastikan tercatat di dalam dokumen tersebut. Ia boleh sahaja wujud seringkas sehelai kertas sahaja.

Isi penting Surat Pelantikan yang dikeluarkan pelanggan kepada anda:

  1. Kepala surat (letterhead) syarikat.
  2. Nama syarikat/individu.
  3. Alamat lengkap syarikat/individu.
  4. Nombor pendaftaran syarikat atau lain-lain bagi individu.
  5. Kenyatan pelantikan anda sebagai Konsultan Reka Grafik kepada syarikat/individu tersebut.
  6. Tandatangan wakil syarikat/individu.
  7. Cop syarikat (tiada jika individu).

Perincian kenyataan nombor (5).

Pelanggan anda harus secara jelas menyatakan bahawa syarikat/individu tersebut melantik anda sebagai Konsultan Reka Grafik mereka. Tidak perlu terlalu panjang dan cukup sekadar.

[quote]Melalui surat ini, kami [nama syarikat pelanggan] dengan nombor pendaftaran [nombor pendaftaran syarikat pelanggan] melantik saudara [nama anda/syarikat anda] sebagai Konsultan Reka Grafik bagi syarikat kami. Pelantikan ini secara rasmi berkuat kuasa pada [tarikh mula projek].[/quote]

Selesai. Semudah itu sahaja. Dan jika kenyataan ini ingin diperpanjangkan lagi, pelanggan bolehlah menerangkan butiran yang lebih tentang projek yang dikendalikan secara spesifik seperti.

[quote]Anda akan dibayar sebanyak RM50 sejam atau maksimum RM4,500 bagi projek [nama projek yang dijalankan] yang akan bermula dari [tarikh mula projek] sehingga [tarikh akhir projek]. Setiap perbelanjaan bagi menyelesaikan projek ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami.[/quote]

Dan adalah baik dijadikan sebagai praktis untuk menyatakan kaedah pembayaran yang dipersetujui seperti berikut.

[quote]Pembayaran pendahuluan sebanyak RM2000 akan diserahkan kepada konsultan apabila projek bermula dan selebihnya selepas projek diselesaikan pada tarikh yang ditetapkan. Pembayaran akan dibuat melalui cek dan mengambil masa tidak lebih daripada 14 hari untuk proses diselesaikan.[/quote]

Kepentingan Surat Pelantikan kepada pereka grafik.

  1. Bukti kerjasama di antara kedua-dua pihak (pelanggan dan anda).
  2. Pelanggan tidak boleh menafikan bahawa mereka tidak pernah melantik anda sebagai konsultan mereka.
  3. Boleh digunakan sebagai bukti bahawa anda telah dilantik oleh syarikat/individu tersebut secara spesifik.

Kepentingan Surat Pelantikan kepada pelanggan.

  1. Mendakwa konsultan jika mereka tidak dapat menyelesaikan projek yang dipersetujui.
  2. Menjadi bukti andaikata konsultan melarikan diri selepas menerima pembayaran.

Bagi pelanggan, ini adalah antara dokumen yang penting selain dokumen Quotation, Delivery Order & Invoice.

Semoga informasi ini bermanfaat anda pada masa akan datang kepada mana-mana syarikat konsultan reka grafik yang baru bermula atau freelancer di luar sana.

Leave A Reply

Your email address will not be published.