fbpx
Publisher Theme
I’m a gamer, always have been.

Teknik: 20 Soalan Untuk Klien Logo Design

0

Sebelum memulakan sebarang projek, adalah sangat mustahak anda mendapatkan informasi yang lengkap daripada klien. Ini akan membantu membina hala tuju ke mana projek tersebut akan dijayakan, membawa visi klien kepada perspektif dan yang paling berharga – hubungan yang baik dengan klien.

Kebanyakan soalan di bawah akan membantu anda mengumpulkan maklumat sebut harga (quotation) yang tepat untuk klien anda. Jadi, berikut adalah 20 checklist. 🙂

Soalan Berkaitan Syarikat (6)

[unordered_list style=”bullet”]

  • Bagaimana saudara mendefinisikan servis dan / atau produk saudara?
  • Apakah matlamat jangka panjang syarikat saudara?
  • Kenapa saudara mahukan logo yang baru? (jika beliau sudah memiliki satu) Apa yang saudara jangka / mahu logo baru ini capai? Soalan ini akan membantu klien anda memahami masalah.
  • Siapakah pesaing utama saudara? Membuatkan pelanggan anda membekalkan pautan (link) membolehkan anda mendapat gambaran yang lebih jelas tentang pasaran & saingan beliau.
  • Bagaimana saudara berbeza daripada pesaing-pesaing saudara? Dalam erti kata lain, apakah istimewanya servis dan / atau produk saudara berbanding pesaing lain?
  • Apakah linkungan usia kumpulan sasaran servis dan / atau produk saudara? Membantu membina sentuhan dan impresi yang bakal diberikan oleh logo.

[/unordered_list]

Soalan Berkaitan Projek (14)

[unordered_list style=”bullet”]

  • Adakah anda memiliki slogan (tagline)? Jika ada, mahukan saudara meletakkannya bersama logo saudara?
  • Adakah saudara memiliki gambaran yang spesifik dalam minda untuk logo ini?
  • Adakah saudara memiliki warna yang spesifik atau warna jenama (brand) sedia ada?
  • Adakah saudara terfikir untuk menggunakan warna lain yang ingin digunakan atau ingin dikeluarkan?
  • Apakah adjektif terbaik yang boleh menggambarkan logo saudara?
  • Apakah mesej atau perasaan yang saudara ingin logo ini sampaikan kepada mereka yang melihatnya?
  • Bagaimana saudara mahu logo saudara tersusun / ditulis? Sebagai contoh ‘grafikmalaya’ atau ‘grafik malaya’.
  • Apakah typografi yang ingin digunakan pada logo? Contohnya bold, light, italic, tulisan tangan, kaligrafi dll.
  • Di manakah logo ini akan digunakan? Contohnya di suratkhabar, printed, web dll.
  • Di manakah tempat utama logo ini biasa digunakan? Jika banyak di web, biasanya bentuk logo secara melintang (horizontal) adalah yang terbaik.
  • Apakah tempoh tamat (deadline) yang saudara pilih, tempoh masa atau tarikh yang spesifik untuk disiapkan?
  • Bajet saudara? Di sini di mana saya membentangkan beberapa pilihan harga kepada klien.
  • Adakah saudara mahu servis design tambahan untuk dipakejkan dengan logo saudara? Contohnya kad bisnes, sampul, fail, letterhead dll.
  • Logo apa yang sangat menarik minat (appeal) saudara dan kenapa? Satu lagi jenis soalan yang akan membawa klien memberikan link dan beberapa contoh visual.

[/unordered_list]

Saya suka meninggalkan klien sedikit ruang di akhir sesi untuk mereka bekalkan perincian tambahan dan komen. Ingat, sebagai pereka grafik anda juga adalah penyelesai masalah.

[box type=”info”]Pada akhir sesi, biasanya saya tidak akan menamatkan perbualan tetapi dengan memberikan soalan seperti no.14 agar klien mendapat ruang untuk terus melontar baki-baki idea yang mungkin terlepas pandang. Dan sehingga beliau benar-benar pasti segala perincian telah diberikan, beliau akan menamatkannya. Ia cara yang baik & menghormati klien anda.[/box]

Ingat, sebagai pereka grafik anda juga adalah penyelesai masalah.

Anda tidak boleh menyelesaikan masalah tanpa mengetahui masalah. Bertanyakan soalan adalah permulaan yang sangat baik.

 

 

+ ———————————————– Soalan Hari Ini ———————————————– +

Apakah soalan yang biasa anda tanyakan kepada klien anda apabila ingin memulakan sesuatu projek? Sudi-sudilah tambahkan soalan-soalan di atas melalui ruang komen di bawah. 😉

Leave A Reply

Your email address will not be published.