Ingin design anda dipaparkan sebagai banner group GM?

Akhir-akhir ini semakin banyak mahakarya yang sangat hebat & mantap dihasilkan / dihantar oleh pereka-pereka grafik di group Grafik Malaya.

Samada kini semakin ramai designer hebat menyertai group kami atau designer-designer yang dahulunya hanyalah jaguh-jaguh kampung, kini telah menjadi jaguhan cakerawala. 😀

Yang mana sekalipun keadaannya, kami di Grafik Malaya tetap berasa gembira kerana ia menjadi bukti designer yang selama ini menyertai Grafik Malaya sangat bertekad untuk memantapkan ilmu keseniaan ini dan juga menjadi bukti pengukuhan kedudukan Grafik Malaya di Malaysia sehingga menjadi pusat perkumpulan designer-designer Malaysia.

 

Kami ingin paparkan (feature) design hebat anda sebagai banner Group GM

Ini merupakan salah satu cara kami di Grafik Malaya menghargai mahakarya buah fikiran anda. Iaitu melalui paparan utama yang biasanya kekal selama seminggu sebagai Banner Group Grafik Malaya.

Banner Group ini menjadi simbol penghargaan sekaligus mengumumkan design tersebut adalah yang terbaik pada minggu ini.

Dengan meletakkan pautan nama & butiran anda pada post banner tersebut, anda akan lebih dikenali baik dikalangan rakan designer mahupun bakal pelanggan anda.

Ini mungkin merupakan salah satu cara yang untuk anda menaikkan status sosial anda sebagai seorang designer yang mahir.

poster aku ingin juangkan nawawi nordin
Ini adalah contoh design yang terpilih untuk dipaparkan di FB Group GM pada minggu ini (20 Okt 2014)

 

Sediakan design dalam saiz banner Facebook group juga

Untuk tujuan demikian kami ingin meminta anda disamping menyiapkan design poster, flyers, manipulasi foto anda pada saiz sebenar (mengikut spesifikasi klien), kami ingin anda sediakan design tersebut pada saiz banner Facebook group juga. Iaitu 1572×500 piksel / 96 DPI.

[alert style=”blue”]Saiz banner FB Group: Saiz asal banner FB Group adalah 786×250 piksel sahaja. tetapi kami lebih suka ia disediakan pada saiz 200% iaitu 1572×500 piksel.[/alert]

Ini akan lebih mendorong kami untuk memilih hasil karya anda sebagai ‘featured design’ pada minggu tersebut.

aku ingin juangkan nawawi ahmad
Contoh saudara Nawawi sudah menyediakan design pada saiz/format Banner FB Group

 

Atau sekiranya anda rasa ia adalah kerja yang leceh, anda boleh sahaja mengabaikannya dan sekiranya terpilih, salah seorang wakil moderator Group GM akan menghubungi anda untuk meminta anda menyiapkan hasil karya tersebut dalam saiz banner FB Group. Terpulang kepada anda. ^_^