Publisher Theme
Iā€™m a gamer, always have been.

Yumcha Sesi April 2014 – Sifoo & Grafik Malaya bersahabat

0

Sifoo.com & Grafik Malaya pada hari Ahad telah berkumpul di dalam program anjuran Sifoo di pejabat mereka di Sg. Besi yang dinamakan Yumcha Sesi April 2014.

Kalau dikira dari tajuknya, ini bermakna adalah pula sesi Mei 2014 seterusnya ya?

Nampaknya begitulah antara perancangan pengasas Sifoo.com, saudara Imran Abdul Jabar yang berharap agar program seperti ini dapat dianjurkan sekurang-kurangnya sebulan sekali.

 

Yumcha Sesi April 2014

yumcha sesi april 2014

Program Yumcha ini dikatakan antara program perjumpaan yang telah menjadi kebiasaan warga Sifoo.com sejak awal penubuhan lagi menjadi medium berkumpul, berjumpa & beramah mesra di antara ahli-ahli forum.

Namun setelah agak lama berhenti, sesi ini adalah kali pertama ia diadakan semula dan Grafik Malaya berbesar hati kerana dijemput sama menyertai majlis yang seumpamanya.

Grafik Malaya juga berharap agar program seperti ini dapat diteruskan dan mendapat sambutan lebih meriah lagi daripada warga kedua-dua buah komuniti gergasi pereka grafik malaysia; Grafik Malaya & Sifoo.com.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sifoo.com kerana menjemput Grafik Malaya bersama memeriahkan majlis & kepada warga komuniti Grafik Malaya, terima kasih kerana menghadirkan diri. Bulan depan kita join lagi ya? šŸ™‚

Foto terkumpul sekitar program Yumcha Sesi April 2014

yumcha april 14 - Muzairi Mustapa

Oleh Rithauddin Zpiritz (Sifoorian)

yumcha april 4 - Rithauddin Zpiritz

Leave A Reply

Your email address will not be published.