Adobe CC 2014 Offline Installer

Pasti ramai pengguna Adobe CC 2014 yang baru-baru ini diumumkan pada 18 Jun 2014 yang lalu mengalami masalah untuk upgrade (naik taraf) atau sekiranya baru install perisian Adobe CC 2014.

Pertamanya, sekiranya anda sudah menggunakan Adobe CCAdobe CC 2014 bukanlah sebuah naik taraf kepada Adobe CC anda sebaliknya ia akan meng-install sebuah lagi aplikasi baru. Ya, kalau anda telah ada Adobe Photoshop CC, kini anda akan memiliki Adobe Photoshop CC 2014 pula. Anda boleh membuka kedua-dua aplikasi dalam masa yang sama.

Agak kelakar bila memikirkannya. Tapi kita sebagai pengguna, ikutkan sahaja. Mungkin mereka ada alasan yang tersendiri. Disebabkan selepas menggunakan Adobe CC 2014, anda tidak lagi akan menyentuh Adobe CC maka saya biasanya akan membersihkannya secara total menggunakan Adobe Creative Cloud Cleaner Tool.

 

Download lambat dengan Adobe Application Manager

Perkara ini lebih kritikal sekiranya anda baru pertama kali ingin meng-install aplikasi Adobe CC 2014.

Talian internet super lembap: Ini kerana saiznya yang begitu besar bagi setiap satu fail aplikasi dan menyukarkan lagi apabila talian internet yang anda miliki memang macam siput. Siput pun tak macam talian internet tersebut.

Jadi untuk menangani masalah instalasi terus menerusi talian internet ini, anda boleh memilih untuk meng-install kesemua aplikasi Adobe CC 2014 tersebut secara offline.

Cara: Muat turun installer aplikasi-aplikasi Adobe CC 2014 pilihan anda dan anda boleh menjalankan proses instalasi walaupun tidak memiliki talian internet.

Lebih pantas: Malah kerana kesemua fail yang diperlukan untuk proses instalasi sudah ada di dalam HDD anda, maka prosesnya lebih singkat lagi.

 

Install Adobe CC 2014 secara offline

Pilih aplikasi secara berasingan: Apabila anda memasuki halaman di atas (pautan), anda akan melihat satu senarai (table) yang panjang seperti berikut & anda boleh pilih aplikasi-aplikasi tersebut secara berasingan dan muat turunnya.

adobe cc download

Selamat mencuba. 🙂 Jangan segan-silu bertanya kepada kami sekiranya ada yang anda tidak fahami menerusi ruangan komen di bawah.