Publisher Theme
I’m a gamer, always have been.

Chrome Extension untuk mengelak terbaca Spoiler Avengers: Endgame di Facebook

0

Beberapa hari ini akan jadi agak sukar bagi peminat movie Avengers kerana terpaksa berhati-hati daripada tanpa sengaja terlihat, ter-tonton, terbaca atau terdengar Spoiler-spoiler tentang filem terhangat 2019 ini; Avengers Endgame oleh manusia (syaitan) durjana yang mungkin adalah rakan sebilik anda sendiri.

Melainkan anda sudahpun selesai menonton pada hari ini (24 April 2019) & anda sendiri yang memberikan Spoiler. Maka anda-lah syaitan itu.


Melalui saranan seorang rakan, admin menemukan Chrome Extension yang dibangunkan oleh anak Malaysia yang begitu prihatin terhadap isu semasa ini.

Dengan memasang Chrome Extension “Prevents Endgame Spoilers On FB” ini, post-post berkaitan & membincangkan Avengers Endgame yang dianggap sebagai spoiler akan di kaburkan.

Melalui percubaan admin lakukan, extension ini mengesan keyword yang digunakan di dalam post individu menerbitkan wall post dengan menyertakan kata kunci seperti “Avengers” dan “Endgame”.

Ini kerana, jika keyword tersebut tidak disertakan di dalam wall post walaupun ia ternyata adalah spoiler, post tersebut tidak akan dikaburkan oleh Chrome extension ini.

Tapi sekurang-kurangnya dari 10 ancaman spoiler Endgame, 6 daripadanya sudah ditangani dengan bantuan Chrome extension ini. Selebihnya, pandai-pandai andalah nak hidup.

Setelah dicuba, Chrome Extension ini mengambil masa beberapa saat sebelum spoiler-spoiler Endgame ini dikaburkan sepenuhnya. Jika mata anda sangat cekap, anda mungkin masih sempat terbaca tajuk spoiler.

Solusi terbaik masih adalah dengan menutup semua saluran media anda dan teruskan bertadarus Quran di rumah sebelum tiba giliran anda pula menonton filem Avengers: Endgame ini.

Stay safe guys & selamat melayari internet beberapa hari ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.