Admin
Admin
Komuniti Pereka tempatan yang bersahaja. Bukan group design biasa-biasa.

FB group ‘approve new members’ berubah wajah

Sekitar tengahari tadi, baru perasan berlaku perubahan di dalam struktur antaramuka FB group ‘approve new members’. Penyenaraian semakin baik dengan menyertakan beberapa informasi tambahan.

facebook group new member request

Penyenaraian ahli baru lebih advance

Sebelum ini, jika anda ingin meluluskan keahlian seseorang individu di dalam group FB anda, anda hanya dibekalkan dengan senarai foto, nama profil dan siapa yang menjemput individu tersebut menyertai group FB anda.

Tetapi kini anda boleh melihat lebih daripada itu dan saya pasti ia akan lebih membantu anda sebagai pemilik group FB. Perincian butiran yang disertakan kini adalah seperti berikut.

  • Foto profil
  • Nama profil
  • Tarikh seseorang menyertai Facebook (BARU)
  • Jumlah group yang telah seseorang sertai (BARU)

 

Tarikh seseorang menyertai Facebook (BARU)

Dengan mengetahui tarikh seseorang menyertai Facebook membolehkan anda menilai samada beliau adalah seorang spammer atau bukan. Mana mungkin kalau baru sertai sebulan dan post di dinding profil penuh dengan iklan rambang yang begitu banyak?

 

Jumlah group yang telah seseorang sertai (BARU)

Dan ini pula satu lagi cara untuk mengenal pasti seorang spammer. Kalau dah menyertai hampir 50 group FB dan foto profil pula meragukan (bukan foto individu), maksudnya kemungkinan adalah sebuah akaun spammer atau individu tersebut sememangnya mereka profil tersebut untuk tujuan promosi di semua group aktif di FB.

 

Kesimpulannya, sebagai pemilik sebuah group FB, saya menyukai perubahan baru ini. Membantu memudahkan saya menganalisis dan menapis keahlian setiap individu.

Lebih-lebih lagi apabila baru-baru ini seorang rakan industri telah kehilangan kuasa admin daripada group FB beliau sendiri (dihacked) yang memiliki lebih 30,000 ahli. Semoga rakan kita ini tabah & terus berjuang menaikkan taraf industri seni tanah air.

Share on email
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook

Artikel Berkaitan

Laptop Untuk Pereka Grafik

Topik ini berfokus kepada pereka grafik yang umumnya menghasilkan rekaan seni visual dalam bentuk imej statik (bukan multimedia).