Apa itu wREGA?

Soalan cepumas kepada pereka grafik / designer di Malaysia – Pernahkah anda mendengar tentang wREGA? Seterusnya, tahukah anda tentang kewujudan wREGA?

Jangan risau. Tak mungkin anda keseorangan kerana saya sendiri melihat bahawa wREGA sendiri kelihatan tidak begitu aktif dipromosikan dan bukanlah tidak aktif tetapi jika aktif sekalipun seakan-akan pada peringkat internal sahaja dan tidak secara publik.

Walaubagaimanapun dengan terbitnya penulisan kali ini, menandakan warga Grafik Malaya akan mula menyertai wREGA dan memberi sokongan penuh kepada pertubuhan ini.

 

Apa maksud wREGA?

Merujuk laman web rasminya, wREGA adalah singkatan kepada Pertubuhan Wakaf Reka Grafik Malaysia. Pembinaan namanya sendiri saya kira sangat unik apabila dihuraikan satu persatu.

Huruf ‘w’ jika anda perasan ditulis dengan huruf kecil ; singkatan bagi perkataan ‘wakaf’.

Wakaf – sesuatu yang diberikan untuk kegunaan orang ramai atau dikira derma. Wakaf juga adalah sebuah tempat kecil untuk berteduh di mana orang biasa berkumpul, berbincang dan berehat; atau mungkin bersendiri untuk merenung kehidupannya.

REGA (Reka Grafik Malaysia) – pula adalah perkataan melayu lama yang dikatakan memberi maksud ‘nilai’ (value).

Saya kurang faham sebenarnya kerana bukan sahaja ini adalah kali pertama mendengarnya malah melalui carian Google juga tidak menemukan apa-apa yang berkaitan.

Tetapi daripada penemuan deskripsi Wikipedia tentang bahasa Iban, terdapat dialek pertanyaan yang berbunyi; Berapa rega utai tu? – “How much is this?”.

Jadi saya terfikir ini mungkin sama seperti bahasa pasar yang selalu orang melayu gunakan bila bertanya tentang harga sesuatu barang “Ni berapa rege (harga) nya ni bang?”. Jadi ini mungkin apa yang dimaksudkan dengan ‘nilai’; nilai harga. 🙂

[pullquote align=”right”]… pertubuhan yang menaungi para pereka grafik tanah air, tempat berteduh dan berbincang isu & masalah.[/pullquote]

Jadi pada fahaman saya wREGA merupakan sebuah pertubuhan yang menaungi para pereka grafik tanah air, yang menjadi tempat berteduh dan berbincang isu & masalah serta memiliki visi dan sepakat untuk bersama-sama menyumbang semula kepada masyarakat (me’wakaf’kan) di bawah kapasiti sebagai pertubuhan pereka grafik profesional.

Pada masa yang sama bertindak sebagai sebuah pertubuhan yang menaikkan semula imej tinggi (nilai) yang seharusnya dimiliki seorang pereka grafik profesional.

 

wREGA_CoPC

Code of Professional Conduct (CoPC)

The Code of Professional Conduct atau Kod Etika Profesional adalah panduan pengamalan profesional untuk pereka grafik di Malaysia. Ia adalah etika yang piawai dan diterima oleh semua ahli wREGA untuk memupuk integriti dan memberi penghormatan kepada bidang profesyen/pekerjaan reka grafik ini.

Saya lihat CoPC inilah sebenarnya di antara kekuatan yang dimiliki oleh wREGA sekaligus meletakkan pertubuhan ini jauh ke hadapan berbanding kewujudan persatuan-persatuan reka grafik lain termasuklah Grafik Malaya. Anda boleh membaca isi kandungan CoPC ini di sini.

Dan bukanlah sesuatu yang mudah dan kecil kerana wREGA juga kini telah menjadi sebuah pertubuhan yang mendapat pengiktirafan daripada ICOGRADA (International Council of Graphic Design Associations); sebuah badan bukan kerajaan & politik dengan status perundingan dengan UNESCO, UNIDO dan WIPO (World Intellectual Property Organisation).

Malang sekali apabila mengetahui CoPC ini hanya tertakluk & terpakai kepada ahli wREGA sahaja dan bukan kepada semua pengamal seni reka grafik seluruh Malaysia.

Serasa seperti mahu sahaja di’wajib’kan  keahlian wREGA kepada sesiapa sahaja yang ingin menawarkan perkhidmatan reka grafik di Malaysia ini.

 

Grafik Malaya menyokong wREGA sepenuhnya

Grafik Malaya memiliki kekuatan dari segi keahlian yang mana sehingga kini sudahpun melangkaui angka 7,000 orang ahli. Namun apa yang lebih menarik bukanlah terletak pada angka tersebut tetapi pada angka bilangan yang bergiat aktif di dalam group tersebut. Dan penggiat ini terdiri daripada pereka grafik profesional & amateur.

Perjumpaan ‘Grafik Malaya Bersahabat’ di pejabat Sifoo.com baru-baru ini membuktikan kumpulan designer ini (di Grafik Malaya) cukup aktif & sangat komited kepada Grafik Malaya.

Namun adakah kewujudan angka (7,000) ini sudah kukuh untuk dijadikan alasan penubuhan sebuah lagi persatuan yang membawa visi yang sama? Kita perlu buat prosedur yang sama dan cuba mendapatkan pengiktirafan yang sama. Membazir masa & tenaga sahaja.

Lagipun kebanyakan ahli group Grafik Malaya mempunyai komitmen kepada perniagaan masing-masing. Jadi, untuk bergiat aktif menguruskan sebuah pertubuhan/persatuan sangatlah jauh daripada rajin. 😛

Jalan yang terbaik adalah dengan sama-sama bergerak di bawah satu bumbung yang sama (wREGA) dan menggunakan kekuatan yang kita ada (Grafik Malaya) untuk mengukuhkan lagi kedudukan wREGA di Malaysia.

 

Keahlian wREGA ‘ketat’ – Bukan sembarangan

Sekurang-kurangnya inilah yang cuba kita capai. Sebagai sebuah badan berautoriti, wREGA tidak membenarkan entah siapa-siapa sahaja mendapat keahliannya. Sesuai dengan misi wREGA untuk menjadi sebuah pertubuhan yang menaungi pereka-pereka grafik di Malaysia, HANYA pereka grafik sahaja yang layak menyertai wREGA.

Untuk itu, prosedur memohon keahlian wREGA adalah dengan menyertakan sekali portfolio design anda untuk dinilai. Ini juga bermakna anda boleh memohon sekalipun anda tidak memiliki kelulusan di dalam bidang seni reka grafik. Yang paling penting anda ‘buktikan’ bahawa anda layak bergelar pengamal seni reka grafik.

[message type=”info” title=”Keahlian tanpa kelulusan dalam bidang reka grafik”]Walalubagaimanapun status keahlian tanpa kelulusan dalam bidang reka grafik kekal sebagai syarat tidak rasmi. Anda mungkin perlu menghubungi sekretariat wREGA secara terus (direct) sendiri untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.[/message]

Anda boleh rujuk halaman keahlian wREGA ini untuk melihat syarat-syarat lain yang ditetapkan. Oh, keahlian wREGA adalah berbayar ya. 😉

 

wREGA menjadi kelayakan tertinggi pereka grafik di Malaysia

Saya suka memetik kata-kata saudara Imran Abdul Jabar ketika bertemu dalam perjumpaan ‘Grafik Malaya Bersahabat’ yang mengatakan (difahami lebih kurang begini) “wREGA boleh menjadi satu kelayakan khusus buat pereka grafik sebagaimana jurutera mendapat gelaran Ingénieur (Ir.) dan doktor Dr. agr., Dr.-Ing. dan Dr.(H.C.)“.

[pullquote align=”right”]wREGA boleh menjadi satu kelayakan khusus buat pereka grafik …[/pullquote]

Menerima keahlian wREGA membenarkan anda meletakkan affix m.wREGA pada hujung nama anda. Memberi isyarat bahawa hasil karya anda telahpun mendapat tauliah, kelulusan & pengiktirafan pertubuhan ini.

Contohnya jika nama anda adalah Fendi bin Zainal maka anda bolehlah menyertakan affix wREGA di hujung nama anda di dalam kad bisnes; Fendi bin Zainal m.wREGA.

m.wREGA bererti ‘members of wREGA‘. How’s that sound? Cool? 🙂

 

Penstrukturan semula wREGA untuk menarik lebih minat

Saya rasa majoriti ahli Grafik Malaya sudah dapat melihat serba sedikit kepentingan mendapatkan keahlian wREGA namun masih teragak-agak untuk mengambil langkah mendaftar kerana

  • Keahliannya berbayar yang agak mahal.
  • Tak nampak manfaat secara jelas sebagai seorang ahli wREGA.

[message type=”info” title=”Pertubuhan berdaftar mesti ada yuran”]Melalui kefahaman saya, memang semua pertubuhan yang sah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dimestikan pembayaran yuran keahlian. Ini memang tidak boleh dielakkan. Cuma tidak pasti adakah terdapat minimum harga ditetapkan atau ia ditetapkan sendiri oleh persatuan/pertubuhan berkenaan.[/message]

Grafik Malaya akan cuba mendapatkan sekretariat wREGA (jika berkesempatan) untuk berbincang dan mengutarakan perkara-perkara ini supaya lebih ramai lagi pengamal seni reka grafik tanah air khususnya yang berada di Grafik Malaya (secara tidak rasmi) dapat mendaftar dan bergiat aktif di bawah pertubuhan ini.

 

adobe creative cloud cc

Tawaran “Too Good to Resist” perlu diberikan

Antara yang boleh dicadangkan mungkin adalah seperti

  • Yuran tahunan keahlian yang lebih rendah untuk golongan profesional atau
  • Tempoh keahlian dipanjangkan bagi bayaran yang sama atau
  • Menambah lagi kelebihan yang dimiliki seorang ahli wREGA atau
  • Meningkatkan lagi diskaun-diskaun sedia ada atau
  • Selain daripada ‘diskaun’ workshop/event malah ia terus menjadi FREE kepada ahli atau

Dan saya rasa, ultimate offer yang diidamkan oleh setiap pereka grafik Malaysia; Diskaun untuk langganan perisian Adobe Creative Cloud (CC) untuk ahli wREGA.

Perkara ini tidak mustahil sebenarnya malah jika boleh saya ulas, ia merupakan win-win-win situation (kerana ada 3 pihak). “Jika harga yang istimewa dapat ditawarkan kepada ahli wREGA,

  • Pereka grafik Malaysia terdorong untuk beralih kepada perisian berbayar (daripada menggunakan perisian cetak rompak) dan
  • wREGA mendapat lebih banyak keahlian dan menjadi lebih aktif dan
  • Walaupun nilai keuntungan mengecil tetapi Adobe dapat menambah jumlah langganan (pelanggan) setiap bulan/tahun. Itu lebih baik daripada Adobe tidak mendapat apa-apa langsung daripada mereka yang menggunakan perisian cetak rompak (free).

Wah, jika ini berjaya diusahakan saya yakin keahlian wREGA akan meningkat dalam masa yang singkat. Hampir mustahil untuk menemui designer yang tidak menggunakan perisian keluaran Adobe.

[blockquote]Ini juga satu usaha untuk menggalakkan pengamal-pengamal seni reka grafik tanah air untuk menjaga integriti untuk tidak menggunakan perisian cetak rompak.[/blockquote]

Apa yang cuba disampaikan adalah wREGA harus ‘menyerang’ sensitiviti seorang designer untuk mendapatkan perhatian dan minatnya. Isu perisian Adobe CC ini salah satunya.

Semoga penerangan tentang wREGA ini serba sedikit memberi input secara asas pengenalan terhadap wREGA.

Insyallah saya akan terus mengupas dan memberi penjelasan yang lebih mendalam lagi tentang wREGA. Jujurnya saya juga masih baru mengenali dan belajar tentang wREGA. Bersama-sama kita mampu membawa perubahan kepada industri seni reka grafik tanah air Malaysia kita.

Share on email
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook

Artikel Berkaitan

Laptop Untuk Pereka Grafik

Topik ini berfokus kepada pereka grafik yang umumnya menghasilkan rekaan seni visual dalam bentuk imej statik (bukan multimedia).