Admin
Admin
Komuniti Pereka tempatan yang bersahaja. Bukan group design biasa-biasa.

Review rakaman audio – 7 Strategi Kuasai Media & Bisnes

7 Strategi Kuasai Media & Bisnes adalah rakaman audio terbitan Write to Wealth yang diteraju oleh saudara Aqif Azizan di mana di dalamnya memuatkan temubual khas beliau bersama tuan Zamri Mohamad, seorang Ideator atau pengamal media. Diberi peluang menerima salinan rakaman audio ini, berikut adalah review ringkas saya.

Strategi Kuasai Media & Bisnes - cover

Penggunaan bahasa yang ringan.

Temubual yang dijalankan menggunakan bahasa yang ringan dan mudah untuk difahami. Memandangkan kami bukanlah pakar di dalam bidang pemasaran ini, agak risau juga jika istilah-istilah yang digunakan agak mengelirukan tetapi itu tidak berlaku.

Case Study yang sangat jelas & memudahkan pemahaman setiap strategi.

Sepanjang temubual, tuan Zamri Mohamad menggunakan satu case study dalam niche kesihatan. Ini memudahkan setiap strategi yang dikeluarkan mendapat gambaran yang jelas andaikata setiap langkah ingin kami gunakan kelak. Dan beliau langsung tidak lari kepada sebarang contoh yang lain yang boleh mengelirukan pendengar.

Oleh itu, andai anda memiliki perniagaan lain selain niche yang dibincangkan, tukar sahaja semua yang berkaitan dengan contoh yang telah beliau berikan kepada model perniagaan dan aplikasikan strategi yang sama.

Gelojoh, lapar & dahaga.

Terdapat terlalu banyak isu yang menyebabkan kemerosotan jualan sesebuah perniagaan. Dan lebih hebat lagi, tidak pernah terlintas di dalam fikiran kami bahawa isu besar ini dapat tuan Zamri Mohamad rumuskan di dalam 3 perkataan ini. Ia bukan sebuah pemahaman secara terus (direct) seperti yang anda bayangkan, tetapi 3 perkataan ini secara figuratifnya menerangkan isu ini.

Hadiah istimewa daripada tuan Zamri Mohamad

Kami menyarankan agar anda mendapatkan salinan rakaman audio ini segera kerana kali terakhir kami mendapatkan salinan ini juga adalah hari terakhir diskaun diberikan.

Malah kami dikejutkan lagi dengan hadiah istimewa daripada tuan Zamri Mohamad di akhir rakaman ini. Nak tahu apakah ia? Dapatkan salinan rakaman audio ini hari ini (jika masih ada). 😉

Share on email
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook

Artikel Berkaitan

Laptop Untuk Pereka Grafik

Topik ini berfokus kepada pereka grafik yang umumnya menghasilkan rekaan seni visual dalam bentuk imej statik (bukan multimedia).