Admin
Admin
Komuniti Pereka tempatan yang bersahaja. Bukan group design biasa-biasa.

Speed Art: Speed Painting Portrait Britney Spears

Dah banyak sangat menonton tutorial speed painting dalam versi digital? Apa kelas? Setakat dengan perisian Photoshop, sesiapa pun mampu melakukannya (cakap besar, sendiri tak tahu ni). Asal salah sikit boleh dipadam, tak betul boleh ditegakkan, sama boleh dicopy paste, tona warna boleh diadjust dengan color picker.

Kalau betul pakar, cuba buat real live punya. Kalau dah nama manual painting, jangankan warna, pemadam pun tak mampu membetulkan apa yang salah. Speed art hari ini mengenengahkan kemahiran seorang pelukis yang muncul di Youtube dengan ID PotraitDrawing merekodkan setiap hasil kerja lukisan potret beliau dari kanvas kosong sehingga wujudnya lukisan sebenar berwarna di atas kanvas tersebut.

Apa pilihan anda apabila anda hanya ada satu garisan dan satu arah sahaja untuk meneruskan lukisan anda. Anda tidak boleh berpatah balik dan tidak boleh mengulangi semula apa yang telah dimulakan. Kecuali dengan membuang semua kanvas anda dan bermula dari awal kembali. Ini adalah asas yang dimiliki pelukis-pelukis potrait jalanan di bandar anda. Jangan sekali-kali memandang mereka sebelah mata. 😉

Jadi, dengan kehadiran belasan perisian digital masa kini, manfaatkanlah ia untuk mengasah bakat yang ada. Jangan risau untuk melakukan kesalahan beribu kali, kerana tools delete, history, brush, undo sentiasa ada. 🙂 Semoga anda terhibur~

Share on email
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook

Artikel Berkaitan

Laptop Untuk Pereka Grafik

Topik ini berfokus kepada pereka grafik yang umumnya menghasilkan rekaan seni visual dalam bentuk imej statik (bukan multimedia).