Admin
Admin
Komuniti Pereka tempatan yang bersahaja. Bukan group design biasa-biasa.

Photoshop: Bagaimana Menggunakan ‘Rotate View Tool’

Rotate View Tool adalah peralatan yang telah diimplimen ke dalam perisian Adobe Photoshop sejak versi CS4 jika tidak silap saya.

Apakah fungsi Rotate View Tool

Rotate View Tool membolehkan pengguna merasai pengalaman sebenar seperti melukis di atas sekeping kertas. Saya pasti majoriti kita suka memutarkan kertas apabila melukis atau melakar sesuatu di atasnya.

Ini kerana ia lebih bersifat ergonomik dan mengikut bentuk kedudukan pergerakan tangan kita yang bersifat menyondong ke kanan atau ke kiri. Bagi pengguna tangan kanan biasanya akan memutarkan kertas ke kiri (condong ke kiri) dan pengguna tangan kiri (kidal) pula sebaliknya.

 

Langkah 01:

Buka kanvas design baru anda.

 

Langkah 02:

Aktifkan Rotate View Tool dengan klik pada ikon pada toolbar kiri atau kekunci – R.

Rotate View Tools Guide Image (5)

 

Langkah 03:

Apabila Rotate View Tool diaktifkan, anda akan mendapati toolbar atas seperti di bawah. Anda boleh mengubah nilai – Rotation Angle. Ini akan mengubah kedudukan / kecondongan kanvas design anda. Andaikan kanvas anda seperti kertas, maka jika anda pusingkan, ia juga turut terpusing.

Rotate View Tools Guide Image (4)

Jangan risau kerana hasil kerja anda – lukisan yang telah anda bina di atas kanvas tidak akan terpusing. Rotate View Tool hanya memutarkan kanvas sahaja tanpa mengubahsuai kedudukan lukisan / lakaran di atas kanvas tersebut.

 

Langkah 04:

Jika anda tidak mahu bermain dengan nilai pada toolbar atas, anda boleh melakukannya dengan lebih pantas dengan memutarkan secara bebas.

  • Jika anda sedang menggunakan Brush – B.
  • Hold kekunci – R dan klik pada kanvas menggunakan left klik tetikus anda.
  • Pusingkan tetikus anda untuk memutarkan kanvas.
  • Selepas selesai, lepaskan klik pada tetikus dan kekunci – R.
  • Anda akan kembali kepada tool Brush – B dan boleh meneruskan lukisan / lakaran anda.

Rotate View Tools Guide Image (3)

 

Langkah 05:

Reset semula kedudukan menjadi tegak dengan klik pada butang – Reset View dan kanvas anda akan menjadi tegak semula. Rasanya tiada shortcut key untuk melakukannya. 😀

Rotate View Tools Guide Image (2)

 

Langkah 06:

Saya suka menggunakan tool Rotate View Tool kerana ia:

  • Membantu saya membina garisan yang lurus
  • Lakaran menggunakan brush – B saya lebih tegak (tidak condong)
  • Tangan saya tak rasa sakit untuk membina garisan lurus menggunakan Pen atau Brush – B.

Rotate View Tools Guide Image (1)

 

Jadi, cuba-cubalah tool ini di rumah. Beritahu ia jika anda merasakan ia juga membantu anda bermain di dalam Photoshop. 😉

Kongsikan pengalaman anda melalui ruang komen di bawah.

Share on email
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook

Artikel Berkaitan

Laptop Untuk Pereka Grafik

Topik ini berfokus kepada pereka grafik yang umumnya menghasilkan rekaan seni visual dalam bentuk imej statik (bukan multimedia).