Admin
Admin
Komuniti Pereka tempatan yang bersahaja. Bukan group design biasa-biasa.

Google: 10 Aplikasi Google Pilihan Grafik Malaya

Anda adalah seorang yang pandai mengambil kesempatan jika mengambil peluang menggunakan apa jua tools / peralatan samada fizikal atau maya untuk meningkatkan kualiti & memajukan perniagaan / laman web anda.

Apatah lagi jika ianya disediakan secara percuma kepada anda! Apa yang bakal saya paparkan pada anda hari ini adalah bernilai PERCUMA kesemuanya. Ya, dan Grafik Malaya sudah menggunakannya sejak sekian lama sehingga kini.

Google Apps sudah tersedia lebih 10 jenis sehingga kiniĀ dan Aplikasi Google berikut adalah antara pilihan dan kesukaan Grafik Malaya dan setiap kali kami membangunkan laman web klien juga, kami akan sentiasa mengesyorkan kepada mereka agar turut memanfaatkan penggunaan Google Apps ini.

 

1. Google Mail – Gmail

Aplikasi google pilihan grafik malaya images (8)

Aplikasi paling biasa digunakan. Klien email paling popular digunakan oleh penduduk alam maya ini. Dengan antaramuka yang sangat minimal & responsif, saya mendapati salah satu kekuatan Google adalah penyediaan plugin yang sangat berkualiti oleh pembangun secara percuma & berbayar.

 

2. Youtube

Aplikasi google pilihan grafik malaya images (7)

Jika bertanya tentang design, oh sudah tentu Youtube menjadi pilihan utama. Hampir 60% selama ini sebenarnya hasil pembelajaran saya tentang seni reka grafik laman web & pengiklanan adalah bersumber dari tutorial yang disediakan di Youtube. Mungkin tidak lama lagi, tiba pula masa Grafik Malaya untuk membayar kembali apa yang telah diberi. šŸ˜‰ If you know what I mean.

 

3. Google Analytics

Aplikasi google pilihan grafik malaya images (6)

Memantau statistik trafik (setakat ini shj penggunaan saya kini) ke laman web anda bukan kerja mudah jika anda tiada peralatan yang sesuai. Sekali lagi, Google telah membuktikan penciptaan aplikasi yang sangat kaya dengan pelbagai fungsi seperti Google Analytics ini telah membantu saya memantau trafikĀ Grafik Malaya setiap hari, minggu, bulan, atau tahun.

Penyampaian visual graf, pai dan pelbagai pilihan demografiknya menjadikan kerja memantau trafik lebih menyeronokkan selain melihat trafik meningkat hari demi hari.

 

4. Google Feedburner

Feedburner membolehkan pembacaĀ Grafik Malaya tidak terlepas lagi mengikuti pos-pos terkini di Grafik Malaya. Dengan Feedbuerner, pembaca boleh melanggannya melalui email mereka atau aplikasi feeds yang mereka miliki dan menjadi yang pertama membaca pos terkini diĀ Grafik Malaya.

 

5. Google Calendar

Aplikasi google pilihan grafik malaya images (5)

Sebagai penulis diĀ Grafik Malaya, Google Calendar membantu saya membuat jadual dan menetapkan tarikh bila pos-pos yang telah disiapkan untuk diterbitkan. Sebelum ini, saya akan membina pos baru seminggu sebelum waktu ia diterbitkan. Ia berlaku kerana saya tidak dapat menjangka apa pos yang bakal diterbitkan seterusnya kerana saya tidak mempunyai jadual. Padahal idea pos baru sudah ada sejak 1 2 minggu yang lalu. Dan kadangkala terlupa langsung.

Kini dengan Google Calendar, saya dapat menjadualkan semua pos yang bakal diterbitkan sekaligus menjadi lebih efisyen dengan berkebolehan menyediakan pos baru 1 atau 2 minggu malah sebulan sebelum ia diterbitkan.

Jika anda seorang blogger, anda mungkin memerlukannya (kecuali anda guna autoblogging). šŸ˜›

 

6. Google Drive

Aplikasi google pilihan grafik malaya images (4)

Google Drive adalah perkhidmatan yang sama seperti Dropbox & SkyDrive. Iaitu perkhidmatan storan awan (cloud storage).

Just amazing! Sangat terbaik boboiboy! Itu sahaja mampu saya katakan. Mana tidaknya, walaupun sehingga kini saya masih menggunakan perkhidmatan Dropbox & SkyDrive, Google Drive menyediakan storan paling besar pada harga yang teramat rendah bagi saya.

Berikut adalah butiran pakej storan Google Drive:

  • 5Gb – PERCUMA
  • 25Gb – /bulan
  • 100Gb – /bulan
  • 200Gb – /bulan
  • 1Tb – /bulan
  • Dan ada lagi yang lebih besar. Semak di Google Drive.

Memiliki 100Gb storan sudah dianggap seperti … syurga! Huhu. Berapa banyak dapat anda dapat simpan di dalamnya dan paling mudah, ia boleh dibawa ke mana-mana. Asal ada akses internet, di situ anda boleh mengakses storan anda.

 

7. Google Maps

Aplikasi google pilihan grafik malaya images (3)

Dari nama sahaja, pasti sudah anda kenali fungsinya. Selain memudahkan pelanggan membuat carian pejabatĀ Grafik Malaya dan mengintegrasi dengan mudah ke dalam laman web tempahan pelanggan, saya menggunakan hampir terhadap apa sahaja.

Andai saya tidak mengetahui lokasi kediaman rakan & kedai, saya akan terus membuat carian di Google Map dan menakjubkan kerana pangkalan datanya antara yang paling kaya yang saya kenali.

 

8. Google Translate

Google Translate perisian alihbahasa yang universal. Hampir kesemua bahasa utama dipaparkan dan boleh dipilih. Kadangkala, terdapat terma di dalam bahasa inggeris yang tidak difahami blh diselesaikan dengan menggunakan Google Translate.

Walaupun ia bukan aplikasi yang bagus untuk mengalihbahasa sesuatu artikel panjang, sekurang-kurangnya anda boleh mendapat idea artikel tersebut & lebih menggembirakan saya apabila dapat diterbitkan di Grafik Malaya.

Sejak berada di Limkokwing University juga, saya banyak berinteraksi dengan orang luar (berbahasa inggeris) dan kadangkala untuk membantu mereka, memerlukan saya chat dengan mereka. Sekali lagi, Google Translate memudahkan saya berkomunikasi secara penulisan. šŸ˜‰

 

9. Google+ (plus)

Aplikasi google pilihan grafik malaya images (1)

Google+ seperti diketahui adalah rangkaian sosial baru oleh Google yang wujud menandingi laman sosial Ā Facebook. Namun rasanya ia tidak mungkin berlaku. Tapi siapa boleh menduga bukan?

Cuma saya mewujudkan profil di Google+ sekadar untuk memenuhi trend rangkaian sosial yang rata-rata menyertakan ikon & link ke Google+. Jadi ya, bagi saya agak kurang berkesan bagi strategi pemasaran Grafik Malaya.

 

10. Google Chrome

Terakhir adalah pelayar (browser) yang mungkin ketika ini anda juga membuka lamanĀ Grafik Malaya menggunakannya. Chrome tidak dinafikan mungkin merupakan antara pelayar terpantas dalam sejarah pelayaran internet saya. Namun, sesuatu yang tidak akan disangkal oleh mana-mana pengguna Google Chrome, ia memakan begitu banyak ruangan RAM komputer anda.

Mana tidaknya, saya sendiri terpaksa meningkatkan kapasiti RAM yang selama 3 tahun ini kekal 4Gb kepada 8Gb – gara-gara menggunakan pelayar Google Chrome ini.

Sebuah pelaburan yang bagus bagi saya. Lagipun, memang kerja saya memerlukan saya bekerja secara online. Apa salahnya berikan yang terbaik untuk komputer bekerja dengan efisyen untuk nya. šŸ˜‰

 

Anda mungkin memiliki pilihan berbeza, jadi, senaraikan apa Aplikasi Google yang biasa anda gunakan melalui ruangan komen di bawah.

Share on email
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook

Artikel Berkaitan

Laptop Untuk Pereka Grafik

Topik ini berfokus kepada pereka grafik yang umumnya menghasilkan rekaan seni visual dalam bentuk imej statik (bukan multimedia).