Admin
Admin
Komuniti Pereka tempatan yang bersahaja. Bukan group design biasa-biasa.

Speed Art: Design Gundam Dengan Microsoft Excel

Kalau dah namanya profesional, perisian apa sekalipun yang digunakan hasilnya pasti gempak!

Itu apa yang dapat saya katakan pada featured speed art video pada minggu ini yang telah dihasilkan oleh seorang pereka grafik dengan nama Shukei.

Bayangkan hanya dengan menggunakan perisian Microsoft Excel sahaja, beliau mampu menghasilkan sebuah model gundam yang lengkap.

Mengagumkan kerana beliau mampu melakukan 100% hanya menggunakan Excel. Menyentuh pada teknik design beliau juga, tampak beliau tidak ragu-ragu dalam menyiapkannya. Mungkin beliau sudah ada lakaran yang telah dibuat.

Tapi apa yang saya tahu juga, kalau seseorang itu benar-benar mahir, tidak mustahil segala lakaran asas lukisan hanya boleh dilakukan di dalam fikiran sahaja. Selebihnya terus kepada papan lukisan / kanvas lukisan digitalnya.

2013-10-05_024025

Share on email
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook

Artikel Berkaitan

Laptop Untuk Pereka Grafik

Topik ini berfokus kepada pereka grafik yang umumnya menghasilkan rekaan seni visual dalam bentuk imej statik (bukan multimedia).