Admin
Admin
Komuniti Pereka tempatan yang bersahaja. Bukan group design biasa-biasa.

Tutorial: Cara Submit Folder ‘Featured Designer’

Ia bukanlah satu prosedur yang formal untuk anda ikuti, tetapi cuma satu langkah memudahkan anda menyusun fail yang ingin anda submit kepada Grafik Malaya. So this is how it works.

 

[button radius=’3px’ background=’#498000′ border=’#498000′ color=’#ffffff’ link=’http://bit.ly/featdesigner’ window=’yes’ size=’medium’] Lihat pos asal di mana tutorial ini digunakan – Featured Designer [/button]

 

Langkah 01

Bina folder baru dan namakan folder anda – NamaAnda_JenamaAnda. Sebagai contoh, nama saya Jauhari dan jenama saya adalah Grafik Malaya. Jadi, saya akan namakan folder saya kepada – Jauhari_GrafikMalaya.

folder featured designer image (9)

Langkah 02

Masuk ke dalam folder yang baru sahaja anda bina tadi – kerana kita akan memasukkan semua fail yang anda ingin hantar di dalamnya.

folder featured designer image (8)

Langkah 03

Masukkan 10 hasil karya terbaik anda. Pastikan ianya di dalam format & saiz berikut:

  • .JPG, .JPEG, .PNG
  • Minimum lebar (width) 580 piksel

Tidak perlu menghantar fail asal samada .PSD, .AI atau apa sahaja fail mentah reka grafik tersebut.

folder featured designer image (7)

Langkah 04

Seterusnya masukkan imej anda. Imej anda akan digunakan sebagai imej profil di bawah paparan hasil karya anda. Sekali lagi, pastikan ia di dalam format dan saiz berikut sahaja:

  • .JPG, .JPEG, .PNG
  • Maksimum lebar (width) 580 piksel
  • Berkualiti & jelas (jangan blur)

folder featured designer image (6)

Langkah 05

Seterusnya masukkan profil (tentang / about) anda yang ditulis di dalam salah satu perisian berikut:

  • Microsoft Word
  • Notepad

Dan itu sahaja fail-fail yang diperlukan.

folder featured designer image (5)

Langkah 06

Selesai, kembali ke folder asal (lihat Langkah 01) untuk di’compress’ / zipped.

folder featured designer image (4)

Langkah 07

Zip folder utama tadi dengan KLIK KANAN >> SEND TO >> COMPRESSED (ZIPPED) FOLDER.

folder featured designer image (3)

Itu sahaja dan anda seharusnya sudah memiliki fail ZIP seperti di bawah.

folder featured designer image (2)

Apa Yang Harus Ada Dalam Fail ZIP Anda

Sekadar membuat rumusan terakhir. Apa yang harus ada di dalam fail ZIP anda?

  1. 10 hasil karya terbaik anda
  2. Imej anda (berkualiti & jelas)
  3. Profil anda (word / notepad)

folder featured designer image (1)

Dan anda sudah sedia untuk menghantar hasil karya anda kepada Grafik Malaya. 😉

Muat Turun Fail ZIP

Andaikata anda kurang pasti, anda boleh download fail ZIP yang saya sediakan di atas.

[button radius=’3px’ background=’#111111′ border=’#111111′ color=’#ffffff’ link=’http://grafik.my/wp-content/uploads/2012/07/jauhari_grafikmalaya.zip’ window=’yes’ size=’big’] Muat Turun Fail jauhari_grafikmalaya.zip [/button]

 

Share on email
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook

Artikel Berkaitan

Laptop Untuk Pereka Grafik

Topik ini berfokus kepada pereka grafik yang umumnya menghasilkan rekaan seni visual dalam bentuk imej statik (bukan multimedia).