Admin
Admin
Komuniti Pereka tempatan yang bersahaja. Bukan group design biasa-biasa.

3 Dimensi: Model 3D Istana Kehakiman, Putrajaya

Assalam & selamat sejahtera semua. Pernah cuba membina model 3D (3 dimensi) bangunan? Semester ini saya berpeluang mempelajari teknik membina model bangunan menggunakan perisian 3Ds Max 2011. Apa yang boleh saya katakan, ia memang sangat mengujakan & hampir-hampir membuatkan saya buntu – ‘Apa yang aku nak buat lepas ni? Semua bidang sangat menarik!’.

Daripada bidang permodelan 3D, pembangunan laman web, pembuatan animasi 2D, produksi video trailer, penghasilan kesan khas visual, manipulasi foto semua sudah saya sentuh selama 1 tahun setengah di Limkokwing University ini. Dan saya dapati semuanya – SEMUANYA sangat menarik (kecuali animasi – saya agak kurang mahir & kurang minat sebenarnya).

Berikut adalah model 3D bangunan yang telah berjaya saya bangunkan untuk semester ini – Istana Kehakiman, Putrajaya (Palace of Justice, Putrajaya).

Sudut pandang kamera asas Palace of Justice

Sudut Perspektif

Sudut hadapan

Sudut kanan

Sudut atas (pelan)

Sudut yang lebih terperinci Palace of Justice

Refleksi pada tingkap

Jika anda amati, terdapat refleksi (reflection) pada bahagian cermin ini bukan? Saya tidak menggunakan kesan khas mental ray tetapi hanya menggunakan tesktur asal tingkap ini (bitmap) dan mengaplikasikan kesan ‘glass’ untuk menambah kesan refleksi pantulan cahaya.

Kesan khas Seramik

Kesan khas seramik yang sama saya gunakan dan kemudian menggunakan tekstur / bitmap asal kubah. Cuma pada bahagian hujung (bahagian tajam) saya menggunakan default mental ray effect – gold & menaikkan kesan refleksi terhadap cahaya.

Elemen tambahan tersendiri

Kalau anda mengenali mana-mana rakan dari Limkokwing yang membina model yang sama, ini adalah bahagian binaan yang jarang sekali mereka akan sertakan. Huhu … agaknya sukar mendapatkan gambaran yang jelas (malah imej yang saya projek ini juga bukan 100% sama).

Saya juga tidak mengaplikasikan tekstur khas corak dan menggunakan tekstur normal lantai & sekali lagi kesan seramik kerana ia berkilat. Walaubagaimanapun saya menukarkan kesan seramik kepada – satin.

Terlalu detail ada baik & buruknya

Lihat pada bahagian bawah bumbung Palace of Justice, Putrajaya – anda boleh sahaja menggunakan tekstur / bitmap dan paste di atas nya. Tetapi untuk mendapat hasil yang lebih baik lebih-lebih lagi limpahan bebayang apabila anda aplikasikan sumber cahaya, lebih molek dengan binaan model yang terperinci satu persatu begini.

Jika anda seorang yang rajin (macam saya. Ye ke?) dan suka buat sesuatu dengan sangat terperinci / detail, percayalah saya – ‘sediakan GPU (graphic processing unit) yang secukup rasa untuknya’.

Setakat ni, at least saya gunakan GPU NVidia GTX680 OC untuk mengendalikannya. Itupun proses rendering imejnya pada saiz 800×600 piksel pun memakan masa lebih kurang 5 hingga 10 minit! Masyallah. Bayangkan sahaja saya ambil semua imej dalam pos ini. Hampir 3 jam untuk proses.

Membina model 3D Palace of Justice, Putrajaya sebenarnya tidak susah jika anda tahu caranya. Maksud saya ada sahaja bangunan yang memang susah untuk dibuat & untuk Palace of Justice, Putrajaya jika anda tahu caranya, mudah sahaja.

Tekstur palang, corak & kerawang

Palace of Justice, Putrajaya memiliki banyak tekstur yang unik dan ini memerlukan anda mengambil banyak gambar sampel hampir setiap bahagian. Paling sukar adalah untuk dapatkan tekstur / bitmap kerawang dan palang yang terletak tinggi. Nak panjat ke? Huhu. Jatuh nanti.

Cara terbaik adalah menggunakan lensa kamera yang boleh zoom lebih dekat. Cadangan lensa daripad asaya – 70-300mm atau 50-200mm sudah mencukupi. Selebihnya, gunakan kelebihan Photoshop untuk mengedit semula.

Apa yang perlu dijaga

Beberapa perkara yang boleh saya nasihatkan jika anda ingin membangunkan model 3D anda 🙂 :

  1. Folder Textures – Simpan semua tekstur di dalam folder dengan nama ‘textures’ bersama fail 3Ds (.max) anda. Susunannya mesti begini – folder > model.max anda dan di situ juga anda boleh lihat folder ‘textures’.
  2. Elakkan perincian – Jika anda sekadar ingin mencuba, dan kad grafik anda tak cukup kuat, jangan buat terlalu banyak perincian. Gunakan tekstur sahaja. Lebih cepat & PC anda tak meletup. 😛
  3. Fungsi Instance – Banyakkan guna fungsi Instance (bukan Copy) untuk menduplikasi objek yang sama kerana jika anda lakukan ubahsuaian pada salah satu, semua, jika anda ada ratusan objek maka semua akan diubah sekaligus. Sangat menjimatkan masa.
  4. Youtube – antara sumber ilmu yang agak baik jika anda tiada guru. Lebih praktikal.
  5. Daylight setting – Jika anda tidak mahir bermain dengan cahaya seperti saya, gunakan sahaja Daylight setting – tukarkan sumber cahaya > mr Sun dan langit > mr Sky.

Tips & trik

  1. Photoshop – Mahirkan photoshop anda. Kenapa? Kerana ia sangat membantu dalam mengekstrak tekstur yang telah anda ambil.
  2. Photoshop lagi – Selepas render model anda pun, Ps masih berguna di dalam menaikkan lagi warna & kontras imej sepertimana yang anda boleh lihat pada semua imej di sini.
  3. Automatik update – Jika anda sudah aplikasi tekstur pada sesebuah objek / elemen, anda tak perlu lakukan lagi jika anda ingin edit semula warna, corak, saiz tekstur tadi. Anda edit sahaja di Ps > klik save > buka 3Ds semula > tekstur yang telah diedit telah tersedia. 🙂

Anda nak belajar juga? Jangan risau, di bawah anda boleh download semua elemen yang diperlukan.

Muat Turun Fail 3Ds Max – Palace of Justice
Muat Turun Fail
Tekstur – Palace of Justice

Share on email
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook

Artikel Berkaitan

Laptop Untuk Pereka Grafik

Topik ini berfokus kepada pereka grafik yang umumnya menghasilkan rekaan seni visual dalam bentuk imej statik (bukan multimedia).