Admin
Admin
Komuniti Pereka tempatan yang bersahaja. Bukan group design biasa-biasa.

Illustrator: Design Vektor Karikatur Anda Sendiri

Hi semua. Saya pasti anda sudah tak sabar-sabar untuk memulakan tutorial pada kali ini. πŸ™‚ Tengok tajuk sahaja sudah terliur. Apatah lagi visualnya. Huhu … Apa yang akan saya berikan kali ini adalah asas (tidak begitu detail) bagaimana anda boleh menggunakan teknik Tracing untuk membina karikatur anda.

Hasil

Nampak kompleks kan untuk menyiapkannya? πŸ™‚ Jawapan saya adalah YA. Anda akan melihat proses developing nya sebentar lagi. Uih, bukan nak menakutkan, tetapi kalau anda tak ada kesabaran yang tinggi. Mungkin karikatur anda akan siap sehingga badan sahaja (separuh).

Β Apa itu Live Tracing

Sekadar informasi jika anda tidak familiar dengan apa yang saya buat ni. Teknik ini dinamakan sebagai Live Tracing. Ada dua teknik Live Tracing sebenarnya.

  1. Seperti yang saya lakukan – mengambil masa yang lama. Tapi hasilnya sangat lumayan kemas.
  2. Betul-betul menggunakan tool Live Trace (lihat imej di bawah) yang memang pantas tapi hasilnya dah tentu tak besh. πŸ™

Jadi saya tak bercadang untuk mengajar teknik ke-2 tu. Just yang sukar punya kerana ini adalah standard industri karikatur.

Tool Live Trace – Saya tidak sarankan anda menggunakannya.

Fungsi Live Tracing

  1. Jika anda melakar karikatur anda di atas kertas, scan >> buka di Illustrator >> live trace untuk mendapatkan karikatur anda dalam bentuk digital.
  2. Sama jika anda melakar di Photoshop menggunakan Pen Tablet biasa nya >> buka di Illustrator >> live trace untuk menjadikannya lebih licin & mantop.
  3. Illustrator menjadikan lakaran TANPA PIKSEL – VEKTOR. Bermakna lukisan lebih fleksibel & tidak akan rosak walaupun di resize.

Baik! Mari kita mulakan tutorial design kita!

Langkah 01

Buka perisian Illustrator anda. Dicadangkan Illustrator CS3 dan ke atas. Kalau tak ada, cari-carilah sikit kat kedai πŸ˜› bukan mahal mana pun. Nak belajarkan? πŸ™‚ Kena la guna yang latest punya kalau boleh.

Langkah 02

Mulakan tutorial anda dengan bacaan Bismillahirrohmanirrahim.

Langkah 03

Sediakan lakaran design anda. Sebelum ini, saya sudahpun menyiapkan lakarannya melalui Adobe Photoshop & menggunakan badan salah satu anime sebagai rujukan. Jadi sekarang saya trace sahaja kembali semua line yang ada.

Maaf, lupa saya untuk visiblekan visual karikatur asal sy. Huhu … Tak mengapa. Anda akan mendapat gambaran jelas selepas membaca tutorial ini sehingga selesai.

Single Outline Live tracing

Mulakan dari bahagian kolar – kedutan / garisan dibina terus.

Langkah 04

Bermula dengan bahagian kolar (rujuk hasil akhir) seperti dalam visual. Jaringan menegak yang anda lihat adalah garisan pada bahagian kolar baju panas yang dipakai – cuba rujuk mana-mana baju panas. Ada~. Huhu …

Saranan saya untuk trim segalanya, jangan tunggu sehingga anda siap trace semuanya dan kemudian baru nak potong-potong bahagian-bahagian lebihan. Ini akan menyebabkan kerja anda kelam-kabut dan anda bakal melakukan kesilapan.

Langkah 05

Gunakan tool ‘Pathfinder’ untuk memotong lebihan ini.

Gabungan dengan Pen Tool – menjadi tool paling berkuasa di Illustrator.
Gunakan ‘single outline’ untuk membina bentuk badan / baju.

Langkah 06

Teruskan pula dengan trace keseluruhan lakaran dengan hanya menggunakan single line sahaja. Satu garisan dan bukan dua (2).

Bentuk ‘single outline’ lengkap menggunakan dua bahagian.

Lakukannya sehingga anda tamat aplikasikan kepada keseluruhan badan / baju.

Dalam visual di atas, saya mengasingkannya kepada dua bahagian. Nampak tak potongan pada bahagian atas lengan kanan? YA. Jadi, saya buat dua kali – lengan kanan dengan badan + lengan kiri.

Tiada masalah. Kemudian selepas anda selesai semuanya, anda boleh menggabungkannya dengan UNITE menggunakan tool ‘Pathfinder’.

Siapkan ‘single outline’ untuk bahagian bawah – kaki / seluar.

Langkah 07

Lakukan perkara yang sama bagi lower part – kaki / seluar. Di sini saya melakukannya sekali sahaja. Kerana tidak ada split place yang perlu saya tekankan.

Perincian pada design upper & lower part

Memperincikan bahagian dalam baju – shadowing (bebayang).

Langkah 08

Mulakan proses memberi perincian pada design anda. Bermula dengan bahagian uppper part (badan / baju), lakukan seperti di atas. Semuanya dilakukan hanya menggunakan tool asas ini – Pen Tool.

Saya rasa, Pen Tool adalah antara tool paling berkuasa dan paling selalu akan anda lakukan bila mula berjinak-jinak dengan Illustrator.

Fungsi perincian ini adalah kemudian selepas anda selesai design, anda akan memberikan kesan bebayang dan pencahayaan pada bahagian tersebut. Dengan menyediakan kawasan tersebut pada peringkat awal ini (sebelum mewarnakannya) memberi kelebihan kepada anda untuk membuat banyak pengubahsuaian.

Memperincikan kawasan dalam seluar pula.

Langkah 09

Lakukan yang sama pada bahagian lower part selepas itu. Sebahagian perincian yang anda lihat – melekat dengan bahagian tepi seluar adalah kawasan yang dikenali sebagai lipatan seluar tersebut.

Tambah bahagian kasut – aplikasikan kemasan bebayang.

Langkah 10

Saya sukakan karikatur yang seluarnya berlebihan sehingga menutup bahagian kasut. Kelihatan COOL man~. Jadi, in hasilnya. Saya terus memberikan kesan pencahayaan dan bebayang padanya.

Kemudian selepas anda siap segalanya, anda akan dapat melihat hasilnya. Apa yang saya katakan dengan bebayang & pencahayaan.

Trim bahagian lebihan kedutan seluar.

Langkah 11

Finalizing semua bahagian perincian, saya lakukan kedutan-kedutan pada 3 bahagian penting ini – pinggang (getah pinggang), kaf lengan kanan & kaf lengan kiri.

Seperti saya beritahu, jangan tunggu sehingga selesai semuanya baru nak trim. Serius anda akan mendapatinya lebih sukar seperti yang dijangka. Ini karikatur ke 4 atau 5 saya jadi saya sudah mengetahuinya dan saya tak mahu ulanginya lagi.

Pemotongan menggunakan tool ‘Pathfinder’.

Langkah 12

Lakukan yang sama bagi lengan kiri (pada pandangan posisi karikatur – bukan anda). Trim sebelum anda bergerak kepada perincian pada kawasan lain.

Garisan kedutan pada bahagian lengan.

Langkah 13

Selesaikan finishing pada lengan kanan juga.

Buang (delete) bahagian berlebihan pada kemasan di lengan.

Anda boleh menggunakan line yang anda bina untuk lengan untuk membuat pemotongan ini. Apa yang berlaku (atas) adalah anda boleh memotong lebihan betul-betul mengikut garisan lengan tangan kanannya. Cantik~.

Selesai memperinci bahagian lengan dan pinggang (getah).

Selesai. Ketiga-tiga bahagian perincian terakhir telah diselesaikan. Anda akan lebih jelas selepas semuanya selesai. Jadi, jika pada awalnya anda rasa ragu-ragu “tak cantik lah tracing aku nih”, abaikan je dan teruskan dengan kawasan lain dan anda akan berpuas hati selepas semuanya siap. Kalau ada yang tak puas hati pun, boleh ubahsuai kemudian.

Matching kepala dengan body karikatur anda

Cuba matchkan kepala dengan badan yang siap di design.

Langkah 14

Sekarang, ambil kepala (sesuka ati aku je pakai ayat gini. Haha…) yang anda design awal tadi – saya dah siapkan kepala ni awal-awal lagi. Tak maulah nak detail-detail. Sakit pulak kepala saya nanti. Huhu .. Insyallah dalam tutorial akan datang okey~. πŸ™‚

DAN cantumkan dengan badan yang baru anda design tadi. KEPALA lebih besar dari badan – ini adalah characteristic untuk pembinaan CHIBI. Jadi, saya memang bertujuan nak design chibi jadi kepalanya akan lebih besar daripada badan seperti yang anda lihat.

NICE~ bermakna anda boleh teruskan design. Anda kena sentiasa pastikan kepala dan badan anda balance. Nanti nampak macam nak tercabut @ jatuh je kepala dari badannya nanti. Huhu …

[fb_wpress_content_locker]

Proses double Outlining – Penekanan pada lining karikatur

Di tengah antara garisan 1 dan 2 adalah kawasan ‘fill’ untuk outline.

Langkah 15

Apa yang sedang berlaku pada tahap ini, anda akan mula buat double outline. Single outline adalah yang anda lakukan di awal tadi. Sekarang, untuk double outlining, anda akan membuat garisan baru DI LUAR bahagian single outline tadi.

Kenapa di luar Single Outline? Tracing selalunya akan menggunakan garisan yang FIT pada lukisan. Bagaimana jika anda lakukan double outlining dengan membina garisan DI DALAM single outline tadi? Ia akan menyebabkan lukisan yang anda menjadi lebih kecil daripada yang dah anda adjust. Ini tidak berlaku jika anda lakukannya DI LUAR. Fahimtum? πŸ™‚

Fungsi Double Outlining adalah untuk membina garisan yang lebih tebal dan boleh memberi penekanan outline yang berbeza pada bahagian tertentu seperti garisan di lipatan baju lebih kecil outlinenya. Manakala pada bahgian lengan lebih tebal. Dan jika anda ingin mewujudkan kawasan in-depth, kawasan yang lebih dekat dengan skrin / penglihatan audien akan memiliki outline yang lebih tebal berbanding kawasan yang jauh ke belakang.

No. 01

adalah garisan single outline yang asal.

No. 02

adalah garisan double outlining yang baru.

1 – garisan single outline. 2 – garisan luar untuk di’fill’ sebagai outline.

Langkah 16

Saya tahu kerja ini agak leceh. YA, ini antara bahagian yang paling leceh sebenarnya.

Kadang-kala disebabkan terlalu banyak melakukan proses unite & minus menggunakan ‘Pathfinder’ untuk extract kawasan lebihan akan menjadikan banyak dotted pixel yang tak berguna. Hohoho .. kalau anda tak bersihkan kawasan ini, anda akan bermasalah untuk meneruskan proses extraction bahagian lain. πŸ™‚

Memekatkan Outline

Pekatkan outline dengan ‘invert color’ dari line kepada fill.

Langkah 17

Seperti yang saya beritahu tadi, inilah dia fungsi double outlining tadi. Selepas anda selesai membina lining ke-2, anda boleh fill kawasan tersebut dan ia akan kelihatan lebih hitam, pekat & voila! πŸ™‚

Pekatkan outline bahagian bawah – kaki pula.

Lakukan perkara yang sama bagi kawasan lower part – kaki / seluar.

Hasil akhir selepas semua outline dipekatkan

Langkah 18

Selepas selesai semuanya, ini apa yang perlu anda lakukan. Anda kena bawa semua Outline ini ke bahagian paling atas – semua outline ini akan berada paling atas dari yang lain-lain.

Bagaimana untuk melakukannya?

  1. Select (pilih) semua outline yang telah dipekatkan – klik SHIFT + KLIK PADA OUTLINE.
  2. Groupkan semuanya sekali – klik CTRL + G.
  3. Send semua kepada front layer – klik CTRL + SHIFT + ].

Tujuan menghantar semua Outline ke layer paling atas adalah supaya semua proses pewarnaan kelak tidak akan tercampur atau terkeliru dengan kawasan lain kerana batasan garisan sentiasa memisahkan semua kawasan.

Jom mari mewarna!

Warnakan karikatur anda. Jangan tinggalkan bahagian yang tidak berwarna.
Jom kita mewarna!

Langkah 19

Apa tunggu lagi? Jom kita mewarna~. Saya ingin karikatur ini kelihatan childish (keanak-anakan) maka saya menggunakan warna-warna yang terang / bright. Anda boleh bermain-main dengan warna – tak perlu ikut pilihan warna saya ini.

Gunakan bibir yang berbeza-beza

Anda boleh mencuba pelbagai jenis mulut untuk karikatur anda.
Anda boleh mencuba pelbagai jenis mulut untuk karikatur anda.

Langkah 20

Untuk membuat sedikit finishing yang lebih mengancam, saya menggantikan bentuk mulutnya kepada bentuk lain. Oh, anda boleh melihat contoh-contoh mulut ini di internet. Just Google >> How to draw manga lips.

Seperti tujuan asal saya, untuk membuat karikatur ini kelihatan keanak-anakan, saya menggunakan bentuk bibir begini. Yang asal nampaknya tak sesuai kerana kelihatan serius. Budak-budak kan selalunya ceria~. πŸ˜›

Hasil akhir. TADAA~! ^_^ Pasti menyeronokkan bukan?

Inilah hasil akhir karikatur anda. Oh, dalam kes ini, inilah hasil akhir karikatur SAYA~. Anda juga boleh melakukannya. Saya yakin dengan sedikit touch-up skill dengan selalu melakukannya, anda akan semakin mahir & hasil karikatur anda akan lebih kemas dari masa ke masa.

Praktis untuk menghasilkan beberapa karikatur lain

Bina vektor diri anda sendiri – boleh gunakan di laman sosial anda.

Dan anda boleh cuba untuk membina beberapa karikatur lain dengan badan-badan yang berbeza. Untuk mengekalkan unity karikatur ini, saya sentiasa menggunakan bentuk kepala yang sama. Lihat, walaupun badannya berbeza-beza dari kiri ke kanan tetapi anda dapat melihat persamaan iaitu, ia adalah karikatur SAYA kerana kepala yang digunakan SAMA.

Semoga anda terhibur dan selamat mencuba~. πŸ™‚

TIPS : Jika anda rasakan bentuk begini sukar untuk dilakukan, jangan terlalu mendesak. Anda boleh mulakan dengan melukis bnetuk badan yang anda suka. Apa sahaja.

Klik butang di bawah untuk download fail .AI karikatur di atas.

[button radius=’3px’ background=’#111111′ border=’#111111′ color=’#ffffff’ link=’http://grafik.my/wp-content/uploads/2011/04/VectorCaricatureJoe.zip’ window=’yes’ size=’big’] Download VectorCaricatureJoe.zip [/button]

[/fb_wpress_content_locker]

Share on email
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook

Artikel Berkaitan

Laptop Untuk Pereka Grafik

Topik ini berfokus kepada pereka grafik yang umumnya menghasilkan rekaan seni visual dalam bentuk imej statik (bukan multimedia).