Admin
Admin
Komuniti Pereka tempatan yang bersahaja. Bukan group design biasa-biasa.

Pemasaran: Alamat Baru Saya di Luar Negara

Ia bukan seperti yang anda jangkakan tapi saya baru sahaja memiliki alamat untuk berurusniaga di luar negara.

It was inspired beberapa bulan lalu oleh seorang internet marketer yang seharusnya diberi kredit di atas penghasilan tutorial ini. Malangnya saya dah lupa siapa beliau dan kalau anda kenal siapa sila beritahu ya. 🙂

Bagaimana saya berpindah ke luar negara?

Ia sebenarnya sebuah servis yang tak asing lagi oleh ComGateway yang menyediakan alamat baru kepada pengguna internet di kawasan United State. Perniagaan sebegini mungkin amat menguntungkan bagi mereka namun tidak bagi di Malaysia. Saya akan beritahu anda kenapa.

Apa guna ada alamat di US?

Baik, ia sebenarnya dikhususkan untuk tujuan membeli belah barangan di internet yang hanya AVAILABLE untuk rakyat US sahaja. Anda boleh browse through di ComGateway untuk melihat senarai laman2 auction yang terlibat.

Contoh termudah adalah eBay.com – terdapat ribuan produk yang sangat hebat & menarik NAMUN hanya dijual di United State. Memberi makna, tiada INTERNATIONAL SHIPPING ke Malaysia dalam kes ini. So, superbike memang dah mengancam. Dah tu murah pulak. TAPI hanya dijual kepada rakyat US sahaja. Terkilan rasa hati.

ComGateway telah berjaya mengesan kekurangan ini dan membawa kepada penciptaan laman web tesebut untuk memberikan servis penghantaran khas kepada kita yang berada di luar negara (luar US) di mana produk itu sebenarnya tidak ditawarkan penghantarannya ke luar US pun.

Bagaiaman ComGateway membantu?

  1. Anda daftar di ComGateway.
  2. Anda berikan maklumat TEPAT tempat tinggal anda kini.
  3. Anda akan diberikan satu alamat kediaman di US yang sebenarnya memang WUJUD.
  4. Seterusnya, anda boleh pergi eBay untuk membeli produk yang anda suka tersebut.
  5. Masukkan alamat US baru anda untuk penghantaran produk tersebut (biasanya penjual beri FREE shipping di dlm US).
  6. Produk akan dihantar ke alamat US anda >> sebenarnya ke company ComGateway
  7. Company ComGateway akan menguruskan pula penghantaran ke NEGARA ANDA (Malaysia dalam kes saya)
  8. Dan di sini anda akan dicaj oleh ComGateway untuk proses penghantaran pula.
  9. SELESAI…

Mudah sahaja bukan?

Untuk kos penghantaran oleh ComGateway anda boleh semak di laman web tersebut. Jadi anda takkan ada sebab lagi untuk tidak bergembira untuk membeli belah di Internet. ComGateway sangat bijak mengambil peluang membantu mereka yang bermasalah dalam proses penghantaran ini. Kenapa tidak anda? 🙂

Oh ya, alamat terkini saya di United State seperti berikut :

11743 NE Sumner St.
Suite MYW-KQD
Portland
OREGON 97220
Tel: 503-914-6317
Share on email
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook

Artikel Berkaitan

Laptop Untuk Pereka Grafik

Topik ini berfokus kepada pereka grafik yang umumnya menghasilkan rekaan seni visual dalam bentuk imej statik (bukan multimedia).