Admin
Admin
Komuniti Pereka tempatan yang bersahaja. Bukan group design biasa-biasa.

Berita: Puppet Warp Fungsi Baru Photoshop CS5

Puppet Warp – adalah satu fungsi baru yang tiada yang seumpamanya di dalam mana-mana graphic editor yang lain.

Pada kali yang seterusnya, saya akan tunjukkan sebuah fungsi yang lain yang jika digunakan secara gabungan dengan Puppet Warp ini, akan menghasilkan kreativiti yang tiada bandingnya.

Puppet Warp membolehkan anda memutarkan imej pada engsel-engsel yang ditetpkan. Ia boleh anda lihat jelas di dalm video Puppet Warp di atas.

Teknologi baru ini bukan sekadar membenarkan anda memutarkan bahagian badan sesuatu imej malah untuk imej seorang manusia, anda boleh menggerakkan tangannya dengan menghasilkan pergerakan otot fizikal yang nyata.

Maknanya kalau tangan imej lelaki tersebut sedang tegak, dan anda cuba naikkan tangannya ke atas dengan Puppet Warp hasilnya pada bahagian bawah lengannya akan berkembang seolah-olah otot lengannya bertindak balas dengan pergerakan tersebut.

Cheers! 🙂

Tutorial kali ini 100% diuruskan melalui video di atas.

Share on email
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook

Artikel Berkaitan

Laptop Untuk Pereka Grafik

Topik ini berfokus kepada pereka grafik yang umumnya menghasilkan rekaan seni visual dalam bentuk imej statik (bukan multimedia).